Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lawatan turun padang perkukuh agenda pembangunan luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Lawatan turun padang perkukuh agenda pembangunan luar bandar

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATO’ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama penduduk rumah panjang. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Kemudahan asas terus menjadi antara fokus utama pembangunan luar bandar apabila pelbagai keperluan penduduk dibangkitkan semasa lawatan turun padang Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii di kawasan Sungai Petai dan Skim B.

Lawatan tersebut memberi peluang kepada beliau untuk bertemu secara langsung dengan penduduk rumah panjang serta mendengar sendiri pandangan, cadangan dan keperluan komuniti setempat.

Katanya, pendekatan turun padang amat penting bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dilaksanakan benar-benar memenuhi keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

“Saya telah mengadakan lawatan ke beberapa rumah panjang di kawasan Sungai Petai dan Skim B bagi mendengar sendiri keperluan penduduk rumah panjang.

“Pelbagai keperluan komuniti telah dibangkitkan, seperti penambahbaikan jalan, pembinaan tandas awam, permohonan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) serta kemudahan kegunaan bersama seperti meja lipat, kerusi dan kipas dinding,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

DATO’ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama penduduk rumah panjang. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

Katanya, kemudahan asas yang baik memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk dan menyokong pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata, penambahbaikan jalan dan kemudahan asas bukan sahaja memberi keselesaan kepada penduduk, malah memudahkan pergerakan harian dan urusan ekonomi komuniti setempat.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan pembangunan luar bandar terus diperkasakan melalui pelaksanaan projek-projek yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

“Setiap keperluan yang disuarakan oleh penduduk akan diteliti dan dipertimbangkan mengikut keutamaan serta kesesuaian peruntukan yang ada.

“Apa yang penting, kita mahu memastikan rakyat terus menikmati kemudahan yang lebih baik dan pembangunan yang seimbang,” katanya.

Tambahnya, hubungan erat antara wakil rakyat, ketua masyarakat dan penduduk merupakan kunci penting dalam memastikan setiap agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penduduk rumah panjang atas sambutan mesra dan kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan tersebut.

Katanya, komitmen beliau untuk turun padang dan mendengar sendiri suara rakyat akan terus diteruskan bagi memastikan pembangunan di kawasan Parlimen Sarikei sentiasa bergerak seiring dengan keperluan masyarakat.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Orang ramai diingatkan berhati-hati terhadap platform pelaburan dalam talian
Next: Kerjasama FDS dan Cahya Mata tanam lebih 7,500 pokok di Hutan Simpan Sabal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.