Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lawatan SK St. Michael perkukuh hubungan komuniti pendidikan di Lundu
  • Selatan
  • WILAYAH

Lawatan SK St. Michael perkukuh hubungan komuniti pendidikan di Lundu

Utusan Sarawak 4 days ago
SEKITAR suasana lawatan para guru dan ahli PIBG Sk.St.Michael Entingan ke Kampung Stunggang Melayu Baru, Lundu semalam.

LUNDU: Seramai 40 guru dan Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) St. Michael Entingan, Kota Samarahan mengadakan lawatan ke Kampung Stunggang Melayu Baru, di sini semalam.

Rombongan tersebut diketuai oleh Penolong Kanan Kurikulum, Collin Lee Kin Hong bersama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Rasida Arabi.

Menurut penganjur, tujuan lawatan adalah untuk mempereratkan ukhuwah persaudaraan selain bertukar pandangan mengenai arus pendidikan perdana serta aspek keusahawanan.

“Kami amat berterima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat dari awal hingga akhir program ini. Lawatan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama warga pendidik, tetapi turut memperkenalkan Kampung Stunggang Melayu Baru kepada pihak luar,” katanya.

Dalam program itu, rombongan turut diberi pendedahan mengenai produk keluaran tempatan yang diusahakan oleh penduduk kampung.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) dan Hajah Asmah Enterprise atas bantuan dalam menjayakan program tersebut.

Menariknya, beberapa produk kampung berkenaan akan dibawa ke HERTrade Expo 2025 di SPICE Arena, Pulau Pinang pada 11 hingga 12 Oktober depan.

Jemputan rasmi daripada Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) memberi kepercayaan kepada Agro World Resources selaku wakil Kampung Stunggang Melayu Baru dan Daerah Lundu untuk memperkenalkan produk tempatan ke peringkat lebih luas, termasuk pasaran antarabangsa.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Orang ramai diingatkan jaga dokumen pengenalan, elak salah guna identiti
Next: Dua dekad penganjuran, Limbang bersedia sertai litar regata Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.