Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Lawatan pelajar ke OM Materials, tingkat pengetahuan teknologi kimia
  • PENDIDIKAN

Lawatan pelajar ke OM Materials, tingkat pengetahuan teknologi kimia

Utusan Sarawak 8 hours ago
PARA pelajar UPMKB dan pengiring merakam gambar bersama pihak OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd selepas lawatan akademik baru-baru ini. Foto UPMKB

BINTULU: Seramai 23 pelajar daripada program Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia Industri dan Ijazah Sarjana Muda Akuakultur Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) menyertai lawatan akademik ke OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd di Taman Perindustrian Samalaju di sini, baru-baru ini.

Menurut kenyataan UPMKB, lawatan itu merupakan sebahagian daripada keperluan kursus Prinsip Teknologi Kimia yang bertujuan memberikan pendedahan langsung kepada pelajar mengenai aplikasi prinsip teknologi kimia dan kejuruteraan proses dalam persekitaran industri sebenar.

Rombongan yang disertai lima pensyarah UPMKB itu disambut Eksekutif Komunikasi Korporat dan Acara OM Materials, Norashikin Baidawi yang memberikan taklimat mengenai operasi syarikat, komitmen terhadap kelestarian alam sekitar, serta peranan strategik syarikat dalam rantaian bekalan metalurgi global.

Para pelajar kemudiannya dibawa melawat kemudahan kilang termasuk zon pengendalian bahan mentah, relau peleburan, bahagian pemeringan dan penghancuran aloi, serta makmal kawalan kualiti. 

Di makmal, pelajar menyaksikan demonstrasi kaedah spektroskopi dan ujian kimia basah yang digunakan bagi menentukan komposisi dan kualiti aloi.

Menurut penyelaras kursus Prinsip Teknologi Kimia, Dr Ellie Teo Yi Lih, lawatan seumpama itu amat penting dalam membantu pelajar memahami kaitan antara teori yang dipelajari dan pelaksanaannya dalam industri sebenar.

“Mereka dapat melihat sendiri bagaimana prinsip kimia diaplikasikan pada skala besar, daripada termodinamik dalam proses peleburan hingga kinetik dalam kadar tindak balas,” katanya dalam kenyataan itu

Pelajar tahun kedua program Sains Kimia Industri, Chai June Yang pula berkata, pengalaman itu telah memperkukuh pemahamannya terhadap topik seperti kejuruteraan tindak balas, kawalan proses, imbangan jisim dan keselamatan loji.

OM Materials (Sarawak), anak syarikat OM Holdings Ltd, merupakan pengeluar utama ferrosilikon dan aloi mangan iaitu bahan mentah penting dalam industri keluli global. 

Kilang itu juga memanfaatkan tenaga hidroelektrik dari Empangan Bakun, menjadikannya lebih lestari dan cekap tenaga.

UPMKB dalam kenyatan itu menyifatkan program tersebut sebagai platform penting bagi memperkukuh hubungan antara akademia dan industri, selain memastikan pelajar bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang semakin kompetitif.

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kadar kebolehpasaran graduan TVET pertanian KPKM meningkat
Next: Biasiswa Antarabangsa MC Kul kukuh jalinan akademik, industri Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.