Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lawatan kerja pertingkat keberkesanan penyampaian projek di Belaga
  • WILAYAH

Lawatan kerja pertingkat keberkesanan penyampaian projek di Belaga

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TIMBALAN Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang.

BELAGA: Lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki di sini memberi peluang kepada kerajaan negeri meneliti dengan lebih mendalam status pelaksanaan projek pembangunan serta mengenal pasti cabaran sebenar di lapangan.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang berkata, tinjauan secara langsung oleh kepimpinan tertinggi negeri amat signifikan kerana ia membantu mengesahkan keperluan di lapangan, selain memastikan projek dilaksanakan mengikut perancangan.

Menurutnya, lawatan itu turut membolehkan pasukan teknikal dan ketua-ketua jabatan menilai isu berkaitan penyampaian projek secara lebih terperinci terutama membabitkan kelewatan, kekangan teknikal dan keutamaan pelaksanaan.

“Kita amat menghargai kesudian beliau turun ke Belaga untuk melihat sendiri perkembangan projek-projek kerajaan.

“Harapan masyarakat tinggi, tetapi jika pelaksanaan tidak menepati jadual, ia menimbulkan kesulitan. 

“Apabila beliau sendiri meninjau, menilai dan mendengar maklum balas secara langsung, kita yakin penyelesaian dapat dicapai dengan lebih cepat dan teratur,” katanya ketika ditemui di Pekan Belaga, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga berkata, walaupun kerajaan negeri telah merancang dan meluluskan banyak projek, proses penyampaian di peringkat pelaksanaan adakalanya berdepan kekangan, menjadikan pemantauan berterusan oleh pihak tertinggi amat penting.

Beliau menambah, jabatan teknikal akan memperincikan tindakan susulan berdasarkan dapatan hasil lawatan tersebut bagi memastikan projek yang dikenal pasti mendapat keutamaan dan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kesepaduan penduduk Belaga perkukuh agenda pembangunan negeri
Next: Projek JPD di Saratok buka laluan baharu untuk kesejahteraan luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.