Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lawatan kerja Ketua Setiausaha KDN ke Projek Pangkalan PGU PDRM Sarawak
  • TEMPATAN

Lawatan kerja Ketua Setiausaha KDN ke Projek Pangkalan PGU PDRM Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
LAWATAN… Datuk Dr. Awang Alik Jeman mengadakan Lawatan Kerja ke Projek Pembinaan Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak di Pejabat Tapak Projek Pengkalan Pasukan Gerakan Udara PDRM Sarawak, Kuching.

KUCHING: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Dr. Awang Alik Jeman, telah mengadakan Lawatan Kerja ke Projek Pembinaan Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak di Pejabat Tapak Projek Pengkalan Pasukan Gerakan Udara PDRM Sarawak, di sini, hari ini.

Program lawatan kerja itu turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak.

Kehadiran DCP Saifullizan Ishak mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan PDRM Sarawak dalam memastikan pelaksanaan projek strategik ini dilaksanakan secara terancang, sistematik dan mematuhi perancangan yang telah ditetapkan.

Projek pembinaan Pengkalan PGU ini merupakan antara inisiatif penting dalam memperkukuh keupayaan logistik serta operasi udara PDRM Sarawak.

PROJEK Pembinaan Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak

Sepanjang lawatan, Datuk Dr. Awang Alik Jeman bersama DCP Saifullizan Ishak dan delegasi telah diberikan taklimat terperinci berkaitan skop projek, status kemajuan pembinaan, cabaran pelaksanaan serta perancangan jangka panjang pengkalan tersebut.

Pangkalan PGU ini dijangka menjadi aset strategik dalam menyokong operasi keselamatan, rondaan udara, bantuan bencana dan tindak balas kecemasan di seluruh negeri Sarawak.

Program lawatan kerja itu turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Polis Diraja Malaysia Bukit Aman CP Gilberd Philip Layang, serta Timbalan Komander PGU (Operasi) PDRM Bukit Aman SAC Alias Abd Wahab dan Komander PGU Pangkalan Sarawak ACP Faizul Mohammad, bersama barisan pegawai kanan PDRM dan wakil agensi berkaitan.

DATUK Dr. Awang Alik Jeman bersama DCP Saifullizan Ishak dan delegasi telah diberikan taklimat terperinci berkaitan skop projek, status kemajuan pembinaan, cabaran pelaksanaan serta perancangan jangka panjang pengkalan tersebut.

Kehadiran barisan kepimpinan ini memperkukuh penyelarasan antara peringkat Persekutuan dan kontinjen bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek tersebut.

Dalam sesi lawatan tersebut, Datuk Dr. Awang Alik Jeman turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta menekankan kepentingan pematuhan terhadap spesifikasi, kualiti kerja dan garis masa yang telah ditetapkan.

Beliau berharap projek ini dapat disiapkan mengikut jadual bagi memastikan tahap kesiapsiagaan dan keupayaan operasi PDRM Sarawak sentiasa berada pada tahap optimum.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: GETS-WRP buka pengambilan akhir Mac dan April 2026
Next: Wanita tunjang pembangunan keluarga, ekonomi dan komuniti di Sarawak – Nancy Shukri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.