Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lawatan kebajikan MAKSAK Wanita Sarawak santuni pesakit Hospital Bintulu sempena SKS 2026
  • TEMPATAN

Lawatan kebajikan MAKSAK Wanita Sarawak santuni pesakit Hospital Bintulu sempena SKS 2026

Utusan Sarawak 10 hours ago
MAKSAK Wanita Sarawak mengadakan lawatan kebajikan ke Hospital Bintulu.

BINTULU: Sentuhan prihatin dan semangat kebersamaan terus dizahirkan menerusi Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 apabila Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita Sarawak mengadakan lawatan kebajikan ke Hospital Bintulu, hari ini, bagi menyantuni pesakit serta golongan memerlukan.

Lawatan diketuai oleh Dayang Norjihan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak, Dato Baduyah Bujang serta barisan Exco MAKSAK Wanita Sarawak dan MAKSAK Wanita Bahagian Bintulu.

Antara pengisian utama ialah sesi lawatan ke Wad Kanak-Kanak di Hospital Bintulu bagi memberikan sokongan moral serta menceriakan pesakit yang sedang menerima rawatan.

Setiap pesakit di wad berkenaan turut menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM100 sempena sambutan Hari Gawai melalui Dana Biro Kebajikan MAKSAK Wanita Sarawak sebagai tanda keprihatinan dan ingatan kepada mereka yang sedang dirawat.

NORJIHAN menyantuni pesakit di Wad Kanak-Kanak Hospital Bintulu serta menyerahkan sumbangan kepada pesakit.

Selain itu, bantuan MAKSAK Cares berjumlah RM500 setiap seorang turut disampaikan kepada dua penerima iaitu Jani Ding dan Abdul Manap Nahar yang sedang menjalani rawatan penyakit kronik di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Difahamkan, Jani Ding merupakan pesara Pejabat Daerah Bintulu yang menamatkan perkhidmatan sebagai Pembantu Tadbir Kewangan pada Julai 2023, manakala Abdul Manap Nahar ialah pesara Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Operasi sebelum bersara pada Februari 2024.

Pada majlis sama, hamper SARA Cares turut diserahkan kepada pihak Hospital Bintulu untuk diagihkan kepada 20 kakitangan hospital yang kurang berkemampuan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup.

Selain itu, MAKSAK Wanita Bahagian Bintulu turut menerima geran tahunan berjumlah RM5,000 bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kebajikan dan sosial di peringkat bahagian.

Program ini menjadi antara pengisian kebajikan sempena SKS 2026 di Bintulu yang menekankan nilai kemanusiaan, budaya penyayang serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat dan warga perkhidmatan awam negeri.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawakku Sayang Bintulu 2026 tarik tumpuan, tawar pelbagai pengisian untuk rakyat
Next: Lapan pengamal media Sarawak terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.