Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lawas diperkasa sebagai pusat aktiviti budaya, sukan dan pelancongan
  • TEMPATAN

Lawas diperkasa sebagai pusat aktiviti budaya, sukan dan pelancongan

Utusan Sarawak 55 mins ago
SIMBOLIK PERASMIAN… Henry Sum memotong riben sebagai simbolik perasmian Kejohanan Lipat Takraw SeBorneo Terbuka 2025 Piala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Arena Lawas, semalam.

LAWAS: Penganjuran berbagai aktiviti dan program yang menjurus kepada kebudayaan, sukan dan pelancongan di sini mampu melonjakkan daerah ini menjadi lebih maju.

Kedudukan Lawas di hujung wilayah Sarawak tidak seharusnya menjadi noktah kepada gelombang pembangunan yang sedang dialami oleh Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong memberitahu Daerah Lawas memiliki banyak potensi yang boleh diketengahkan dari segi budaya, sukan dan pelancongan.

” katanya selepas majlis penutupan Kejohanan Lipat Takraw SeBorneo Terbuka 2025 Piala Yang Berhormat Datuk Amar  Awang Tengah Ali Hasan di Arena Lawas petang semalam.

“Kita berharap lebih banyak aktiviti dapat dianjurkan bagi mempromosi Lawas, yang terletak di hujung negeri dan mempunyai topografi unik.

“Kita mahu Lawas tidak ketinggalan dalam sukan, pembangunan dan pelancongan memandangkan kita memiliki banyak budaya serta produk pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutupan Kejohanan Lipat Takraw SeBorneo Terbuka 2025 Piala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Arena Lawas, semalam.

LAWAS BERPOTENSI.. (dari kiri) Awangku Jinal Abedin, Henry Sum Agong menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Lipat Takraw SeBorneo Terbuka 2025 Piala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Arena Lawas, semalam.

Usaha menjadikan Lawas sebagai pusat aktiviti silang budaya, sukan dan pelancongan penting dalam mengerakkan pembangunan ekomomi yang sedang rancak berjalan.

“Kini, Lawas tidak sunyi dengan pelbagai program dan usaha menjadikan Lawas sebagai pusat aktiviti perlu melibatkan semua pihak, termasuk badan bukan kerajaan dan komuniti setempat,” tambahnya.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan tetamu kehormat lain.

Kejohanan Jaguh Lipat Takraw SeBorneo 2025 diungguli pasukan dari Kuching yang mendominasi acara akhir melalui pertarungan antara Krian Nenz Frenz A yang menewaskan Krian Nenz Frenz B dengan 2-0.

Sebanyak 24 pasukan bertanding dalam kejohanan tiga hari itu. Pasukan Krian Nenz Frenz A dan B berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 serta piala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Pasukan Krian Nenz Frenz B selaku naib johan menerima wang tunai RM3,000, piala dan pingat. Pasukan yang mendapat tempat ketiga membawa pulang RM1,500, piala dan pingat, manakala pasukan yang berada di kedudukan kelima hingga kelapan masing-masing menerima RM350 setiap regu.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RT kekal relevan 50 tahun, gerak kerja ‘No More Silo’ ditekankan
Next: Politik stabil dorong pembangunan dan kemakmuran rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.