Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lavinia, Abang Afiq ungguli SSC-ABAS U21 April Roll-Off 2026
  • SUKAN

Lavinia, Abang Afiq ungguli SSC-ABAS U21 April Roll-Off 2026

Utusan Sarawak 6 hours ago
SSC-ABAS U21 April Roll-Off 2026 telah berjaya dianjurkan selama dua hari dari 11 hingga 12 April di Megalanes Sarawak, Emart Batu Kawa, menyaksikan saingan kompetitif daripada pemain boling remaja merentasi pelbagai kategori umur. Foto UKAS

KUCHING: SSC-ABAS U21 April Roll-Off 2026 telah berjaya dianjurkan selama dua hari dari 11 hingga 12 April di Megalanes Sarawak, Emart Batu Kawa, menyaksikan saingan kompetitif daripada pemain boling remaja merentasi pelbagai kategori umur.

Bagi acara perseorangan utama, Lavinia Kho Jia Jie meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menjuarai kategori utama Perseorangan Perempuan, dengan menewaskan Adriana Ramiza Ramulo di tempat kedua dan Claudia Kumang Jakson di tempat ketiga.

Abang Afiq Haziq Abang Mohammad Faizal muncul juara bagi kategori Perseorangan Lelaki selepas menyingkirkan cabaran Noel Ayden Constantine Augustine dan Eldred Kho Yek Zhen.

Kemenangan Lavinia sekali lagi mengukuhkan prestasi konsistennya dalam siri SSC-ABAS U21 Roll-Off, sementara Abang Afiq turut mempamerkan prestasi mantap apabila menjuarai kategori Lelaki Bawah 16 Tahun (B16).

Sementara itu, Lavinia Kho turut meraih Anugerah Permainan Tertinggi dengan jatuhan 260 pin, manakala Chagithyan Jordan Kuchela dengan jatuhan 236 meraih untuk kategori lelaki.

Keputusan Sub-Kategori Lelaki B21 pula diungguli Eldred Kho Yek Zhen, Muhammad Isyraq Iqbal Ramadhan tempat kedua dan Mohamed Farhan Asgar Jahan tempat ketiga.

Bagi kategori Perempuan B21, Lavinia Kho gah selaku johan, Adriana Ramiza Ramulo tempat kedua dan Claudia Kumang Jakson tempat ketiga.

Abang Afiq pula johan bagi kategori Lelaki B16, Noel Ayden Constantine Augustine di tempat kedua manakala Gerald Ethan Tony di tempat ketiga.

Nur Qaseh Qasriena Mohd Wahidi pula memenangi kategori Perempuan B16, menewaskan Tantiana Marissa Ramulo di tempat kedua dan Alessandrya Tymmah Lamat tempat ketiga.

Saingan Lelaki B13 pula menyaksikan Muhammad Amzar Ahmad Syukri muncul juara, Tommy Kee Yong Hong tempat kedua dan Lee Tee Ker tempat ketiga.

Nur Fathi Fatihah Mohammad Zakry pula menjuarai kategori Perempuan B13, Kueh Wan Ting tempat kedua dan Joyce Lidwina Wilfred Vincent tempat ketiga.

Alfred Phang Kang Yee turut mencipta nama sebagai pemenang kategori Lelaki B11, Jonas Yap Zao Min tempat kedua dan Edward Choo Jia Jing tempat ketiga.

Syahieza Damia Syarul Nizam dan Eleanor Rainner Harman pula muncul johan dan naib johan kategori Perempuan B11.

Hadiah telah disampaikan oleh Naib Presiden Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) Robert Lu Nam Min bersama Bong Kihow yang mewakili jurulatih SSC dan ABAS.

Roll-Off April ini merupakan sebahagian daripada platform pembangunan berterusan bagi pemain boling remaja di Sarawak.

Selepas kejohanan ini, atlet terpilih akan mewakili negeri ke Kejohanan Antarabangsa Terbuka MWA Thailand ke-50, dengan pasukan dijadual berlepas pada minggu ini.

-UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Arteta gesa Arsenal bangkit selepas ‘tamparan hebat’
Next: Kuching City FC rampas tangga kedua Liga Super selepas benam PDRM FC 4-1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.