Roosevelt tentera laut Amerika Syarikat (AS) menamatkan latihan bersama di Laut China Selatan pada 7 April lalu.
Ini kali ketiga kapal induk itu memasuki perairan Laut China Selatan pada tahun ini dan ada pihak menganggap latihan itu mampu mengancam keamanan di kawasan perairan berkenaan.
Laut China Selatan dianggap sebagai perairan penting bagi AS untuk mengekalkan pengaruhnya di Asia-Pasifi k serta dilihat selaku medan penting untuk menyekat pembangunan China.
Usaha AS yang didakwa melobi negara sekutunya memberikan tekanan ketenteraan kepada China pasti tidak akan berjaya.
Walaupun Jepun dan Australia beberapa kali membuat kenyataan keras, namun kapal atau pesawat mereka tidak pernah menceroboh ke ruang pulau atau terumbu karang di Laut China Selatan.
Selain itu, negara-negara besar dari rantau lain, lebih sukar untuk menjalankan tindakan provokasi terhadap China.
Yang lebih penting ialah langkah AS di Laut China Selatan kelihatan membelakangi hasrat bersama negara serantau dalam usaha negara anggota ASEAN cuba mengekalkan kestabilan,kedamaian dan memastikan
pembangunan diteruskan.
China dan ASEAN sedang memperkasakan kerjasama maritim di samping meneruskan rundingan tentang Kod Tatalaku di Laut China Selatan.
China dan ASEAN yakin serta dan mampu mengawal perselisihan pendapat.
Dalam pada itu, lawatan menteri luar empat negara ASEAN ke China baru-baru ini pula membuktikan bahawa negara-negara di rantau ini berusaha mengekalkan kestabilan serantau.
Tindakan provokasi anasir luar tidak akan menghalang hasrat dan usaha negara di rantau ini untuk meneruskan rundingan mengekal dan mewujudkan kedamaian. -Bernama