Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Laungkan amaran awal
  • SUKAN

Laungkan amaran awal

Utusan Sarawak 4 years ago
NORSHAHRUL Idlan Talaha dan Lee Chang Hoon meraikan jaringan yang dilakukan oleh Cristie Jayaseelan pada minit ke-11.

SARAWAK United FC melaungkan amaran awal dalam misi memburu gelaran juara Liga Premier 2021 selepas menundukkan Kelantan United FC 2-0 pada aksi pembuka tirai di Stadium Hang Jebat, malam semalam.

Skuad bimbingan E. Elavarasan itu mula menunjukkan taring apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-11.

Ia berpunca daripada kealpaan benteng pertahanan Kelantan United yang dimanfaatkan sepenuhnya Cristie Jayaseelan untuk membolehkan skuad ‘The Golden Hornbill’ itu berada di hadapan.

Enam minit selepas itu, Sarawak United hampir menggandakan jaringan menerusi Lee Chang Hoon, malangnya sepakan kencangnya itu sekadar menggegar gawang.

Sarawak United akhirnya berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-31 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Uche Agba selepas Mohamad Hariz Kamaruddin mengasari Norshahrul Idlan Talaha dalam kotak penalti.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat yang ketinggalan dua gol dilihat cuba bangkit dan mengasak kubu tuan rumah.

Namun usaha mereka masih gagal memecah kebuntuan apabila gagal memburu sebarang gol sehingga wisel penamat dibunyikan.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: FVPEsports jadi wakil sulung S’wak
Next: Misi kemenangan kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.