Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Laungan azan bergema di perairan Kabong, ikhtiar cari Aiman yang masih hilang
  • Selatan
  • WILAYAH

Laungan azan bergema di perairan Kabong, ikhtiar cari Aiman yang masih hilang

Utusan Sarawak 3 days ago
LAUNGAN azan bergema di sekitar perairan Kabong petang tadi, menjadi ikhtiar rohani Geng Wharf Kabong bagi memanggil Muhammad Aiman Tuah yang belum ditemui sehingga kini. Foto: Geng Wharf Kabong

KABONG: Laungan azan bergema di sekitar perairan Kabong petang tadi, menjadi ikhtiar rohani Geng Wharf Kabong bagi memanggil Muhammad Aiman Tuah, 24 tahun, yang masih belum ditemui sejak tragedi di laut pada 3 September lalu.

Aiman bersama bapanya, Tuah Bujang, 57 tahun, dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Kabong. Tragedi itu menggemparkan masyarakat setempat yang kini terus menaruh harapan agar Aiman segera ditemui.

Pada 6 September lalu, nelayan tempatan berjaya menemukan mayat Tuah terapung di laut, yang kemudiannya disahkan identitinya oleh ahli keluarga. Penemuan itu membawa sedikit kelegaan, namun kehilangan Aiman masih menjadi tanda tanya.

LAUNGAN azan bergema di sekitar perairan Kabong petang tadi, menjadi ikhtiar rohani Geng Wharf Kabong bagi memanggil Muhammad Aiman Tuah yang belum ditemui sehingga kini. Foto: Geng Wharf Kabong

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan saban hari yang mana pada hari ini memasuki hari keenam pencarian melibatkan pelbagai agensi penyelamat dan sukarelawan, namun keadaan laut serta faktor cuaca menjadi cabaran besar. Segala usaha setakat ini masih menemui jalan buntu.

Menurut Geng Wharf Kabong, masyarakat nelayan tempatan turut membantu menggerakkan pencarian dengan menggunakan pengalaman mereka di laut.

“Kami berharap Aiman ditemui segera selepas azan berkumandang di sekitar perairan Kabong serta lokasi dia dilaporkan hilang,” katanya.

LAUNGAN azan bergema di sekitar perairan Kabong petang tadi, menjadi ikhtiar rohani Geng Wharf Kabong bagi memanggil Muhammad Aiman Tuah yang belum ditemui sehingga kini. Foto: Geng Wharf Kabong

Laungan azan yang dilaksanakan itu dianggap sebagai langkah terakhir selain usaha fizikal, dengan harapan doa seluruh komuniti dapat membuka jalan kepada penemuan mangsa. 

Penduduk setempat setiap hari dilihat hadir memberikan sokongan moral kepada keluarga yang masih setia menunggu.

Setiap bot pencarian yang pulang ke jeti disambut dengan pandangan penuh harapan oleh keluarga dan masyarakat, bimbang jika hanya khabar duka yang dibawa. Namun, semangat untuk tidak berputus asa terus menjadi pegangan bersama.

Harapan kini hanya satu, agar Aiman segera ditemui, biar apa pun keadaannya. Penemuan itu bukan sahaja akan menutup episod pilu ini, tetapi juga membolehkan keluarga memberi penghormatan terakhir dengan penuh redha.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas dikhuatiri hilang selepas mandi di sungai
Next: Kejadian tanah susur di Julau, bomba lakukan pemantauan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.