Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Latihan PERHEBAT cerahkan masa depan anggota ATM selepas bersara
  • SEMASA

Latihan PERHEBAT cerahkan masa depan anggota ATM selepas bersara

Utusan Sarawak 2 days ago
KOPERAL Raymon Brawie dan isteri rakam kenangan selepas menerima Sijil PERHEBAT hari ini.

KUCHING: Bagi anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tempoh persaraan bukanlah pengakhiran kerjaya, malah satu permulaan baharu yang menjanjikan masa depan lebih cerah.

Usaha berterusan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dalam menyediakan latihan dan pensijilan kemahiran terus membuka peluang kepada mereka untuk menceburi bidang baharu yang bersesuaian dengan keperluan industri semasa.

Antara inisiatif yang membuahkan hasil ialah Program Pengiktirafan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (RPEL) yang memberi nilai tambah kepada para peserta, khususnya mereka yang bersiap sedia menghadapi fasa kehidupan pascaperkhidmatan.

Salah seorang graduan, Koperal Raymon Brawie, melahirkan keyakinan bahawa ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui kursus PKS Agrotani mampu membantunya membina kerjaya baharu selepas menamatkan perkhidmatan dalam ATM.

“Saya yakin dengan adanya dorongan serta kursus yang telah diajarkan kepada saya, saya mampu mencari pekerjaan kedua selepas bersara,” katanya ketika ditemui selepas menerima sijil PERHEBAT pada majlis penganugerahan RPEL di Dewan Suarah Kuching, baru-baru ini.

Raymon adalah antara 514 penerima sijil pada majlis tersebut, kerana berjaya melengkapkan latihan dan pensijilan kemahiran yang diiktiraf.

Sementara itu, Zainuddin Samad, turut berkongsi rasa syukur setelah berjaya menamatkan latihan yang disertainya.

“PERHEBAT sentiasa menyediakan kursus yang terbaik dan sangat positif untuk kami, sebagai persediaan menghadapi dunia luar selepas bersara,” ujarnya sambil merakamkan penghargaan kepada pihak PERHEBAT atas komitmen mereka.

Majlis penganugerahan itu bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi lambang keprihatinan berterusan PERHEBAT dalam memperkasakan bekas anggota tentera dengan kemahiran yang relevan.

Inisiatif ini membolehkan mereka bersaing secara adil dalam pasaran pekerjaan awam dan swasta, serta menjamin kesejahteraan hidup selepas menamatkan khidmat kepada negara.

PERHEBAT juga dilihat memainkan peranan penting dalam memperkukuh keyakinan diri peserta, selain membina asas untuk mereka berdikari dalam kehidupan baru yang bakal ditempuh.

Melalui program tersebut anggota ATM bukan sahaja memperoleh kelayakan diiktiraf, malah dibekalkan ilmu praktikal untuk meneruskan kehidupan dengan lebih yakin, cekal dan berdikari – satu manifestasi penghargaan terhadap jasa mereka kepada tanah air.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Petronas perkenal program sokongan kepada kakitangan terjejas susulan pengurangan tenaga kerja
Next: Sarawak fokus bangunkan rantaian bekalan lengkap dalam sektor pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.