Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Latihan pengungsian bangunan perkasa kesiapsiagaan sekolah
  • Tengah
  • WILAYAH

Latihan pengungsian bangunan perkasa kesiapsiagaan sekolah

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA BBP Sarikei mengendalikan simulasi tindakan kecemasan bagi meningkatkan kesiapsiagaan warga sekolah menghadapi kebakaran. Foto BBP Sarikei.

SARIKEI: Seramai 47 warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chung Hua di Roban menyertai ceramah keselamatan kebakaran sebagai usaha meningkatkan pengetahuan dan kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, program bermula dari 9.15 pagi hingga 11.00 pagi tersebut dikendalikan oleh tiga anggota bomba.

Katanya, program tersebut melibatkan penyertaan 42 murid, empat guru dan seorang pengawal keselamatan.

MURID SJKC Chung Hua, Roban mengikuti latihan pengungsian bangunan sebagai persediaan menghadapi situasi kebakaran. Foto BBP Sarikei.

“Program kesedaran ini penting bagi memberi pendedahan awal kepada warga sekolah mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran dan tindakan yang perlu diambil ketika berlaku kecemasan.

“Pendidikan mengenai aspek keselamatan sejak di bangku sekolah dapat membentuk budaya mengutamakan keselamatan dan meningkatkan kesiapsiagaan dalam kalangan murid serta warga sekolah,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Tambahnya, antara pengisian utama program ialah ceramah pencegahan kebakaran, penerangan dan latihan pengungsian bangunan, simulasi tindakan apabila pakaian disambar api serta langkah menyelamatkan diri sekiranya terperangkap dalam asap.

PESERTA mempraktikkan prosedur pengungsian bangunan semasa latihan keselamatan kebakaran di SJKC Chung Hua, Roban. Foto BBP Sarikei.

“Latihan tersebut memberi peluang kepada peserta memahami prosedur pemindahan yang betul dan mempraktikkan tindakan yang perlu diambil ketika berdepan situasi kebakaran.

“Pendedahan secara teori dan praktikal mampu meningkatkan keyakinan peserta untuk bertindak dengan tenang, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan ketika berlaku kecemasan,” katanya.

Vincent berharap program seumpama ini dapat diteruskan di lebih banyak institusi pendidikan bagi memperkukuh kesedaran mengenai pencegahan kebakaran dan melahirkan masyarakat yang lebih peka terhadap aspek keselamatan.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: 132 warga SK Ulu Entaih sertai program keselamatan kebakaran
Next: Kolam takungan RM14.5 juta siap, tingkat usaha atasi banjir di Desa Wira

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.