Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Latihan pemantauan hidupan liar perkukuh kebakaran renjer taman
  • TEMPATAN

Latihan pemantauan hidupan liar perkukuh kebakaran renjer taman

Utusan Sarawak 2 hours ago
UNTUK ALBUM…Sebahagian peserta merakamkan gambar kenangan selepas mengikuti Latihan Pemantauan Hidupan Liar dan Penulisan Laporan Lapangan 2025 di Taman Negara Niah dari 24 hingga 28 November lalu.

MIRI: Usaha memperkukuh kemahiran renjer taman dalam bidang konservasi terus dipertingkat apabila Bahagian Pemuliharaan dan Penyelidikan Biodiversiti, dengan kerjasama Pejabat Wilayah, berjaya melaksanakan Latihan Pemantauan Hidupan Liar dan Penulisan Laporan Lapangan 2025.

Program tersebut berlangsung di Taman Negara Niah dari 24 hingga 28 November lalu.

Program lima hari itu menghimpunkan renjer taman dari Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu dalam satu platform latihan komprehensif yang merangkumi sesi teori, perbincangan interaktif, demonstrasi praktikal serta aktiviti lapangan.

Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menerusi hantaran di laman Facebook hari ini memaklumkan latihan berkenaan bertujuan mengukuhkan kefahaman peserta mengenai teknik pemantauan hidupan liar selain meningkatkan keupayaan mereka dalam pengumpulan, pencatatan dan tafsiran data di lapangan.

“Di samping itu, latihan turut memberi penekanan kepada penyediaan laporan lapangan yang lebih tersusun dan tepat serta pembentangan data yang memenuhi standard pemantauan di kawasan perlindungan.

“Peserta turut diberi pendedahan langsung melalui beberapa siri latihan praktikal di dalam kawasan Taman Negara Niah yang terkenal dengan kepelbagaian biodiversitinya,” katanya.

Tambah kenyataan itu, ilmu dan kemahiran yang diperoleh diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh renjer taman bagi menyokong perancangan konservasi yang lebih berkesan di kawasan perlindungan negeri.

Kerjasama seumpama itu dijangka diteruskan menerusi beberapa inisiatif akan datang, termasuk Penilaian Biodiversiti yang dirancang pada 2026.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: AZAM–AYS semarakkan semangat kasih di Rumah Seri Kenangan Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.