Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Latihan pemadaman dalam bangunan mantapkan kemahiran anggota PBB di Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

Latihan pemadaman dalam bangunan mantapkan kemahiran anggota PBB di Bintangor

Utusan Sarawak 4 days ago
LATIHAN…. Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin menerangkan berkenaan secara teori teknik OIFF kepada anggota bomba bantuan BBP Bintangor. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Latihan teori bagi memperkukuh pengetahuan dan kemahiran anggota Pasukan Bomba Bantuan (PBB) dalam teknik pemadaman kebakaran dalam bangunan telah diadakan bagi meningkatkan kesiapsiagaan pasukan menghadapi situasi kebakaran di ruang tertutup dan bangunan bertingkat.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata latihan itu memberi fokus kepada peningkatan kecekapan anggota PBB dalam mengendalikan kebakaran di bangunan tinggi dan kawasan tertutup serta kemahiran menggunakan peralatan pemadaman.

“Objektif latihan adalah untuk pendedahan dan memastikan anggota sentiasa bersedia dari segi pengetahuan kemahiran teknikal dan taktikal serta keberanian menghadapi situasi insiden kebakaran sebenar.

“Latihan pengukuhan penting untuk memberi pendedahan mendalam kepada anggota bomba bantuan dalam mengendalikan kebakaran di ruang tertutup yang berisiko tinggi,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, ia juga bertujuan meningkatkan keyakinan, kefahaman penggunaan peralatan, serta kemahiran membuat penilaian pantas ketika operasi menyelamat dan pemadaman. 

Mahmudin menekankan bahawa kebakaran di kawasan tertutup memerlukan teknik pemadaman yang tepat dan keberanian tinggi kerana faktor haba, asap tebal serta laluan yang terhad boleh meningkatkan risiko kepada anggota.

“Pemadaman kebakaran dalam bangunan memerlukan perancangan yang rapi, kawalan pergerakan pasukan yang baik serta teknik pengendalian nozel

yang sesuai untuk memastikan keselamatan anggota dan keberkesanan pemadaman dan mengelak kerosakan akibat air atau pembaziran air. 

“Latihan berterusan sebegini adalah usaha penting bagi mengekalkan tahap profesionalisme dan pengetahuan  kesediaan anggota PBB yang sering digerakkan membantu operasi kebakaran di kawasan luar bandar.

“Kami mahu setiap anggota bomba bantuan bersedia menghadapi cabaran sebenar di lapangan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba Sarikei jalankan khidmat khas musnahkan sarang tebuan
Next: Perarakan tanglung meriahkan sambutan kuih bulan di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.