Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Latihan kemahiran jana pendapatan lumayan lepasan SPM
  • PENDIDIKAN

Latihan kemahiran jana pendapatan lumayan lepasan SPM

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEKAL BERSATU… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkunjung ke rumah terbuka yang disediakan penduduk kampung, hari ini.

LAWAS: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih berpeluang menjana pendapatan tinggi melalui latihan kemahiran yang disediakan kerajaan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka tidak terbiar tanpa hala tuju selepas menamatkan SPM.

“Tolong anak-anak kita ini. Usaha meningkatkan pendapatan boleh dicapai melalui pendidikan dan juga latihan kemahiran seperti di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Lawas yang telah kita bangunkan.

“Saya maklumkan, ada dalam kalangan pelajar yang hanya berkelulusan SPM, namun selepas mengikuti kursus latihan selama enam bulan, mereka kini bekerja di syarikat besar dengan gaji melebihi RM10,000 sebulan. Perkara ini benar dan berlaku, termasuk di Ulu Merapok,” katanya.

TANDATANGAN… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menandatangani plak di salah sebuah rumah terbuka KRT Kampung Pemukat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Berdudun Aidilfitri Kawasan Rukun Tetangga Kampung Pemukat, Kuala Lawas, hari ini.

Awang Tengah menegaskan bahawa kerajaan Sarawak melalui inisiatif pendidikan dan latihan kemahiran seperti CENTEXS, GiatMara dan lain-lain mampu melahirkan modal insan berpendapatan tinggi.

Hadir sama Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Datuk Pengiran Jawa, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Lawas Faridah Tair, Pengerusi Pengelola Ketua Kampung Jofferi Bakir serta tetamu kenamaan tempatan lain.

POTONG KEK… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memotong kek di salah sebuah rumah terbuka di Kampung Pemukat, hari ini.

Majlis tersebut diserikan dengan rumah terbuka bagi setiap zon kampung dan dimulakan dengan acara tradisi menyuap makanan daripada generasi lama kepada generasi muda.

Awang Tengah bersama rombongan turut melawat serta menikmati juadah di enam rumah terbuka yang disediakan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Politeknik Mukah perkasa agenda hijau, Hati Hijau CSR 4.0 tinggalkan impak di Taman Tumbina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.