Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Latihan kebakaran tingkat kesiapsiagaan warga SMK Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

Latihan kebakaran tingkat kesiapsiagaan warga SMK Meradong

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANTARA aktiviti sepanjang latihan kebakaran dan pengungsian bangunan di SMK Meradong, malam tadi. Foto BBP Bintangor.

BINTANGOR: Seramai 471 warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong yang terdiri daripada pelajar asrama dan guru menyertai latihan kebakaran serta pengungsian bangunan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, latihan yang berlangsung dari 10.00 malam hingga 11.30 malam tadi dianjurkan dengan kerjasama pihak SMK Meradong.

Beliau berkata, latihan itu diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mijan Pamin bersama enam anggota bomba bagi memastikan setiap prosedur pengungsian dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan.

“Latihan ini bertujuan memastikan setiap penghuni asrama dan guru sentiasa berada dalam keadaan bersedia serta mampu mengambil tindakan awal sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.

“Pendedahan seperti ini penting bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga sekolah mengenai prosedur keselamatan serta langkah menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, latihan itu membabitkan 459 pelajar asrama dan 12 guru dengan penekanan diberikan terhadap proses pengungsian bangunan secara teratur dan selamat.

“Selain latihan pengungsian, anggota bomba turut menyampaikan ceramah mengenai keselamatan kebakaran, langkah pencegahan kebakaran serta peranan guru dalam membantu pelajar bergerak ke kawasan selamat sekiranya berlaku kebakaran.

“Latihan secara berkala amat penting bagi membudayakan amalan keselamatan dalam kalangan warga sekolah, di samping meningkatkan keyakinan mereka untuk bertindak dengan tenang ketika berdepan situasi kecemasan sebenar,” katanya.

Mahmudin berkata, pihaknya akan terus memperkukuh kerjasama dengan institusi pendidikan menerusi program latihan dan pendidikan keselamatan kebakaran bagi melahirkan komuniti yang lebih peka terhadap aspek keselamatan.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: JPJ Sarawak periksa 136 kenderaan dalam Ops Lampu HID/LED di Bintulu
Next: Pasukan petugas khas perkukuh kerjasama tangani konflik manusia-buaya di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.