Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Latihan kebakaran di Miri: 50 kakitangan sertai misi simulasi selamatkan nyawa
  • Utara
  • WILAYAH

Latihan kebakaran di Miri: 50 kakitangan sertai misi simulasi selamatkan nyawa

Utusan Sarawak 23 hours ago
SIAP SIAGA...Sekitar latihan pematuhan STB yang diadakan di Soonlinmas Sdn Bhd, Jalan Kuala Baram, di sini.

MIRI: Latihan keselamatan kebakaran merupakan langkah persediaan penting dalam menghadapi sebarang insiden kebakaran.

Ia perlu dilaksanakan supaya pekerja dapat memahami dengan lebih mendalam tentang cara menyelamatkan diri dan mempraktikkan cara tersebut dalam situasi yang terkawal.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong Telah mengadakan latihan pematuhan Sistem Tugasan Baru (STB) di Soonlinmas Sdn Bhd, Jalan Kuala Baram, di sini, semalam.

Ketua Balai BBP Lutong, Henry Jugah berkata, latihan bermula 8.30 pagi hingga 11.30 pagi itu melibatkan dua Jentera Menyelamat dan Pemadaman (FRT) dan Mitsubishi Triton dengan penyertaan lima anggota bomba.

Menurut beliau, seramai 50 kakitangan premis tersebut terlibat latihan itu.

“Latihan itu bukan sahaja memberi pendedahan kepada teknik menyelamatkan diri, malah mengasah refleks dan koordinasi dalam suasana tekanan. Ini sangat penting dalam usaha menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kerosakan harta benda,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau turut menggalakkan agar latihan seumpama ini dilakukan secara berkala di semua premis industri, terutama yang berisiko tinggi.

Langkah proaktif seperti ini jelas membuktikan bahawa keselamatan bukan sekadar slogan, tetapi satu tanggungjawab bersama yang memerlukan latihan, ilmu dan kesediaan berterusan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 25 pelajar cemerlang terima pengiktirafan Yayasan Sarawak di Ekspo Pendidikan Baram
Next: Konvoi perahu Jalur Gemilang semarakkan semangat patriotik di Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.