Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Latihan kawad fokus pemadaman kebakaran tumpahan minyak di Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

Latihan kawad fokus pemadaman kebakaran tumpahan minyak di Bintangor

Utusan Sarawak 4 hours ago

FOKUS… Anggota bomba menjalankan latihan kawad operasi di BBP Bintangor pada semalam. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Teknik pemadaman kebakaran melibatkan tumpahan minyak diberi penekanan khusus menerusi latihan kawad operasi, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin.

Katanya, seramai lapan anggota bomba terlibat dalam latihan intensif itu yang diketuai oleh komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Mijan Pamin di BBP Bintangor bermula seawal 9.00 pagi semalam. 

“Latihan ini merupakan sebahagian daripada rutin pengukuhan kecekapan anggota bomba dalam mengendalikan insiden yang melibatkan tumpahan minyak, terutamanya di kawasan berisiko tinggi.

“Ia bukan sahaja memperkemas teknik penyuraian dan pemadaman bahan mudah terbakar, tetapi juga meningkatkan kesediaan anggota untuk bertindak dengan pantas dan selamat dalam situasi sebenar,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, kawad operasi tersebut sangat penting bagi memastikan semua anggota bomba sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi sepanjang masa.

“Aktiviti latihan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. 

“Kami komited untuk terus melaksanakan sesi latihan berkala dalam usaha memastikan setiap anggota bomba sentiasa bersedia menghadapi sebarang bentuk kecemasan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: LAK laksana kerja pembaikan paip utama di Jalan Highfields–Batu Kawa mulai 11 Julai ini
Next: SFC: Kawalan keselamatan semakin mencabar susulan populasi buaya meluas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.