Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Latihan berterusan kunci kejayaan transformasi agro Sarawak
  • TEMPATAN

Latihan berterusan kunci kejayaan transformasi agro Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATO Sri Dr Stephen Rundi Utom menyerahkan sijil penghargaan kepada wakil peserta Seminar Ahli-Ahli PPK pada majlis penangguhan program berkenaan di sebuah hotel di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Latihan berterusan serta melatih semula golongan petani, pegawai dan tenaga kerja pertanian merupakan kunci utama kejayaan transformasi agro Sarawak.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, tanpa ilmu dan kemahiran terkini, usaha membangunkan sektor agro akan terbantut kerana golongan tani tidak mampu bersaing dengan standard industri moden.

“Kalau kita sendiri tidak ada ilmu, ia seperti si buta memimpin si buta. 

“Sebab itu latihan mesti diberi perhatian serius kepada semua pihak termasuk petani, pegawai, malah menteri sekalipun,” katanya ketika berucap pada majlis penangguhan Seminar Ahli-Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sempena Sarawak Agrofest 2025 di Hotel Imperial di sini, hari ini.

PARA peserta memberi perhatian penuh semasa majlis penangguhan Seminar Ahli-Ahli PPK sempena Sarawak Agrofest 2025 di Hotel Imperial di Bintulu, hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Pertanian akan memainkan peranan utama melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) termasuk menentukan tanah, tanaman dan ternakan yang sesuai dengan keadaan Sarawak.

“Mereka ada pegawai penyelidik yang boleh memberi panduan tepat kepada petani. 

“Tetapi yang lebih penting, petani yang benar-benar berminat dan berkemampuan mesti diberi peluang serta bimbingan,” jelasnya.

Tambah beliau, latihan juga penting bagi menarik minat generasi muda untuk menceburi bidang pertanian melalui pendekatan moden, berskala besar dan berorientasikan keuntungan.

Katanya, penggunaan teknologi seperti mekanisasi, automasi dan Internet Pelbagai Benda (IoT) perlu diperluaskan agar hasil pertanian lebih produktif dan berdaya saing.

“Dengan sokongan dasar kerajaan dan kesungguhan petani, saya yakin komuniti tani Sarawak mampu dihormati, berdikari dan memberi sumbangan besar kepada keterjaminan makanan negara,” tegasnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Transformasi pertanian Sarawak tuntut peranan aktif PPK
Next: Tiga entiti air Sarawak bergabung jadi Sarawak Water

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.