Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Latihan alat pernafasan tingkat keyakinan dan kemahiran anggota
  • Tengah
  • WILAYAH

Latihan alat pernafasan tingkat keyakinan dan kemahiran anggota

Utusan Sarawak 3 days ago

LATIHAN PENGUKUHAN…. Pasukan Charlie BBP Bintangor menjalankan latihan pengukuhan kemahiran pembiasaan alat pernafasan, semalam. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Objektif mempertingkat keyakinan dan kemahiran anggota bomba diterapkan dalam latihan penggunaan alat pernafasan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata latihan pengukuhan kemahiran pembiasaan alat pernafasan tersebut dijalankan di menara latihan BBP Bintangor dan melibatkan pasukan Charlie BBP Bintangor. 

“Fokus utama latihan adalah mengasah kemahiran anggota bomba menggunakan alat pernafasan dalam situasi ruang terkurung serta ketika bekerja dalam keadaan gelap.

“Latihan ini amat penting kerana ia memberi pendedahan praktikal kepada anggota bomba tentang cabaran sebenar ketika menjalankan operasi menyelamat.

“Ia bertujuan meningkatkan keyakinan dan kemahiran anggota bomba menggunakan alat pernafasan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, latihan yang bermula 10.00 pagi tersebut adalah memastikan pasukan bomba mampu bergerak dengan cekap dan selamat walaupun dalam keadaan gelap atau ruang terhad. 

“Latihan ini juga menguji ketahanan mental dan fizikal anggota bomba apabila berdepan persekitaran yang mencabar, sekali gus menilai tahap kesiapsiagaan masing-masing.

“Kita mahu setiap anggota bomba bukan sahaja cekap mengendalikan peralatan, tetapi juga dapat membuat keputusan pantas serta bekerja sebagai satu pasukan dalam suasana kritikal,” katanya. 

Mahmudin yang juga bertindak sebagai tenaga pengajar latihan tersebut, berkata aspek kerjasama, disiplin dan komunikasi turut ditekankan sepanjang latihan kerana ia menjadi kunci utama keberkesanan operasi penyelamatan.

“Latihan berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan, sekali gus meningkatkan keupayaan pasukan bomba dalam melaksanakan tugasan harian,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek pembersihan longkang dan kolam tadahan dipergiat untuk cegah banjir kilat
Next: Drainage upgrade brings long-term relief to Lorong Stampin Barat 4 residents

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.