Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) dan Sarawak Development Institute (SDI) menganjurkan Sarawak’s Pride – Projek Cerita Pendek Perpaduan bagi mengumpul cerita-cerita tentang perpaduan daripada orang awam di Sarawak.
Projek ini dilancarkan pada 12 Februari 2019 oleh Pengerusi SDI, Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani.
Pada 3 Ogos 2019, satu ‘maze display’ untuk 450 cerita pendek yang dikumpul telah dilancarkan oleh Pengerusi YPS,
Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di Square Tower, Tebingan Kuching.
“Maze display’ ini kemudian di bawah ke bahagian lain di Sarawak, bermula di Sarikei pada 30 Ogos 2019 hingga 9 September 2019 dan telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak. Ia kemudian dipamerkan di Sibu dari 13 hingga 22 September 2019 di Universiti Curtin di Miri mulai 3 hingga 7 Oktober 2019.
Pada awal 2020, sekretarian projek mempelawa lebih ramai orang menghantar cerita masing-masing, mulai Februari hingga Mei.
Walaupun pandemik Covid-19 merebak dan PKP dikuatkuasakan, ramai individu menghantar cerita pengalaman mereka (rujuk cerita-cerita di bawah) yang menggambarkan semangat dan harapan masyarakat di dalam tempoh mencabar ini.
Dengan ini, sekretariat memaklumkan bahawa pihak kami masih menerima cerita-cerita dengan tujuan untuk merekod dan berkongsi kebanggaan kita terhadap perpaduan.
Cerita-cerita anda boleh dihantar secara atas talian ke laman sesawang YPS ((www.yps.org.my) atau e-mel kepada sarawakpride@gmail.com. Sila hubungi osalind Wong di SDI di talian 082-415484 untuk keterangan lanjut.
Contoh Cerita:
Sumbangan Kecil Kami
Pada 5 April 2020, Kelas 1982 |(St. Joseph’s School Kuching) dengan bantuan Sugar Bun Restaurant dan Hope Place telah menyediakan makan tengah hari kepada lebih 300 petugas barisan hadapan di Hospital Umum Sarawak. Ini merupakan cara kami berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ya, kami akan kuat di untuk menentang Covid-19.
Semasa kami membantu memunggah makanan ke dalam kenderaan, saya merasa matlamat kami tercapai apabila alumni lain berteriak “Semua bangsa diwakili disini”, dengan menunjukkan komposisi Kelas 1982.
Ya, semua “Brothers of the Class of 1982” adalah gambaran pelbagai bangsa dan agama – satu mikrokosmos Sarawak.
Semasa saya menulis cerita pendek ini, saya merasa amat gembira apabila ramai daripada kami datang untuk menyokong kerja mulia ini. Perbezaan bangsa dan agama antara kami sama seperti benang pada baju tradisional kami!
Bersama-sama kami membentuk permaidani indah untuk Bumi Kenyalang ini. Ya, warga Sarawak, bendera perpaduan telah lama berkibar! Kami di sini untuk satu sama lain!.
Bersatu Semasa Krisis
Ibu bapa saya menguruskan kedai perkakasan di kejiranan ini sejak 30 tahun lalu dan ia merupakan sumber pendapatan utama keluarga kami.
Lima tahun lalu, kami menggaji seorang pekerja Iban, Barry. Dia mempunyai isteri dan lima orang anak.
Semasa pelaksanaan PKP, perniagaan kami terjejas dan kami berhasrat menutupnya. Ayah saya amat sedih dan mencari cara untuk memberitahu Barry tentang keputusannya itu.
Apabila tiba masanya, kami perlu memberitahu Barry. Ketika bapa saya menghabiskan ayatnya, Barry menjawab di dalam Bahasa Malaysia yang fasih.
“Boss, kalau boss tidak cukup duit untuk bayar gaji saya, tak apa. Duit saya masih cukup, guna duit tu untuk bayar perbelanjaan yang penting dulu.”
Ketika dia mengucapkan ayat itu, ayah saya mula menangis kerana amat tersentuh hati. Untuk menunjukkan kami menghargainya, ibu bapa saya memberikan sayur-sayuran setiap beberapa hari kepada Barry.
Ayah saya juga berhasrat membayar gajinya apabila perniagaan kembali pulih. Kami akan membayar balik apa yang seharusnya dia dapat dann jika keadaan mengizinkan, kami akan memberikannya bonus.
Kami sedar dengan membantu satu sama lain, kita mampu mengharungi krisis ini bersama-sama.
Getaran Istimewa
Awal pagi 11 Mei 2020, semasa saya sedang membelek mesej-mesej baharu di dalam ‘Favourite Chatroom’, saya rasa amat teruja. Ya, ia menghampiri penghujung fasa keempat PKP! Bagi saya, ia menghampiri masa untuk kembali bekerja!
Memang benar, prospek untuk kembali di dalam hiruk-pikuk kehidupan telah menimbulkan satu perasaan baharu! Sebagai anak Sarawak, kita perlu memainkan peranan untuk merancakkan kembali ekonomi!
Masanya telah tiba, sekali lagi, untuk kita melakar perpaduan dan melaksanakannya!
Semasa tempoh PKP, kita berdiri untuk meraikannya dan berganding bahu bersama para petugas barisan hadapan.
Kami telah memainkan peranan kami – dengan menderma darah, menyediakan makanan kepada yang memerlukan dan menghasilkan PPS untuk petugas barisan hadapan!
Di Sarawak ini, jenama perpaduan istimewa kita akan mengegrakan usaha untuk merancakkan kembali ekonomi. Perpaduan mengalir di dalam darah kita – sebab itu Sarawak mempunyai getaran yang istimewa, tidak seperti tempat-tempat lain!
Teknologi yang menyatukan
Bagi saya, permulaan PKP pada 18 Mac 2020 menandakan permulaan perjalanan di perairan bergolak! Saya perlu mengakui, hari-hari pertama PKP memang terasa janggal, seperti kapal tersadai di pulau terpencil!
Ya, permulaan PKP menandakan permulaan era transformasi saya! Tiba-tiba saya terlontar ke dunia baharu – mesyuarat atas talian bersama rakan sekerja, pihak berkepentingan dan rakan-rakan.
Saya sebenarnya bukan individu yang arif teknologi! Apabila tiba masa untuk belajar teknologi baharu, saya masih berada di lekuk pertengahan!
Jadi, bagaimana saya tiba-tiba menyertai kumpulan persidangan video? Ahli keluarga, rakan sekerja dan rakan-rakan menghulurkan bantuan! Bimbingan secara atas talian!
Memang mulia pertolongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, rakan sekerja sebagaimana yang disebut di atas, dan ia adalah contoh perpaduan.