Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Larry Sng: Kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan semakin tinggi
  • Tengah
  • WILAYAH

Larry Sng: Kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan semakin tinggi

Utusan Sarawak 7 hours ago
AHLI Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien bergambar bersama penerima bantuan tabung LSEF, semalam. Foto Facebook Datuk Larry Sng Wei Shien 

JULAU: Seramai 181 pelajar dari Pakan dan Julau menerima bantuan pendidikan Tabung Pendidikan Larry Sng (LSEF) bagi 2026.

Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien, berkata ia belum termasuk pelajar baharu yang akan melanjutkan pelajaran pada tahun sama.

“Dibandingkan dengan 2025, seramai 218 pelajar mendapat bantuan dari tabung ini sepanjang 2025.

“Saya gembira melihat semangat ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka terus menerima pendidikan.

“Ini menunjukkan kesedaran dan fokus mereka yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan anak-anak,” katanya dalam satu hantaran di media Facebooknya, semalam.

Katanya, peruntukan asal tahunan sebanyak RM100,000 telah disediakan bagi pelaksanaan LSEF, namun peningkatan jumlah permohonan pada tahun ini memerlukan kaedah agihan bantuan disemak semula agar lebih ramai pelajar dapat menikmati manfaat tersebut.

“Jika setiap pelajar diberi RM700 seperti sebelum ini, peruntukan akan mencecah RM200,000 setahun.

“Jumlahnya terlalu besar, jadi tahun ini bantuan telah disemak semula kepada RM500 untuk setiap pelajar supaya lebih ramai orang dapat menikmati faedah yang sama,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

Beliau berharap bantuan daripada tabung tersebut dapat membantu ibu bapa menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka.

“Saya berharap para pelajar akan terus berjaya, cemerlang dalam pelajaran di sekolah dan memanfaatkan peluang ini untuk masa depan mereka,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: JKKK menjadi tulang belakang menyampaikan dasar kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.