Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Larian Perangi Gula di Marudi, tingkatkan kesedaran bahaya pengambilan gula berlebihan
  • KESIHATAN

Larian Perangi Gula di Marudi, tingkatkan kesedaran bahaya pengambilan gula berlebihan

Utusan Sarawak 14 hours ago
ANTARA peserta mengambil bahagian dalam Larian Perangi Gula 5km Parlimen Baram. Foto Jiku Jukuong

MARUDI: Larian Perangi Gula merupakan satu inisiatif masyarakat yang dirangka khusus untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya pengambilan gula secara berlebihan.

Aktiviti ini bukan sahaja berbentuk rekreasi, malah menjadi platform advokasi penting bagi menekankan kepentingan pencegahan obesiti, diabetes, dan penyakit tidak berjangkit lain yang berpunca daripada pengambilan pemakanan tidak sihat.

Dalam pada itu, seramai 131 peserta menyertai Larian Perangai Gula sejauh 5 kilometer (km) bermula dari Surau Kampung Pemindahan anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Miri dengan kerjasama Kelab Kebajikan Sosial dan Rekreasi (KKSR) Pejabat Daerah Marudi serta Surau Nur Ihsan Kampung Pemindahan Marudi pada 7.00 pagi tadi.

Ahli Parlimen Baram, Datuk Anyi Ngau ketika menyampaikan ucapan perasmian larian tersebut  berkata  objektif  utama program ini adalah untuk menyahut Kempen Perangi Gula sebagai satu inisiatif kesihatan masyarakat dengan mesej ‘1 Sudu Teh Dah Cukup, Kurang Lebih Baik, Tiada Terbaik’.

Katanya, kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya pengambilan gula berlebihan dalam kehidupan seharian.

DATO Anyi Ngau melakukan pemeriksaan kesihatan sempena Program Larian Perangi Gula bertempat di Dewan Terbuka Durau Nur Ihsan Kampung Pemindahan. Foto Jiku Jukuong

Menurut Anyi, larian hari ini bukan sekadar rekreasi bersukan tetapi juga satu wadah penting untuk meningkatkan kita semua tentang kesan jangka panjang pengambilan gula yang tidak terkawal terhadap kesihatan.

Tambahnya, menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023, prevalens berlebihan berat badan dan obesiti di kalangan rakyat Malaysia meningkat daripada 50.1 peratus pada 2019 kepada 54.5 peratus pada 2023.

Katanya, walaupun terdapat sedikit penurunan dalam prevalens diabetes iaitu daripada 18.3 peratus pada 2019 kepada 15.6 peratus pada 2023, Malaysia masih kekal antara Negara dengan kadar tertinggi di Asia Tenggara dengan nisbah 1 daripada 6 rakyat Malaysia menghidap diabetes.

Beliau juga menekankan melalui program ini, masyarakat digalakkan untuk mengamalkan pemakanan sihat, aktiviti fizikal yang konsisten serta amalan membaca, label pemakanan, saringan kesihatan dan pameran yang turut diadakan hari ini diharapkan dapat menyampaikan yang jelas dan bermanfaat kepada orang ramai.

“Aktiviti larian pula diharap menjadi pemangkin kepada budaya bersenam dalam kalangan masyarakat kita,” katanya.

Turut hadir Pegawai Kesihatan Daerah Marudi, Dr Izzaty Hamidi dan ahli Majlis daerah Marudi, Kaunselor Raymond Apoi Balan.

Oleh Jiku Jukuong

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Jangan pandang ringan gejala jangkitan sepsis pada kanak-kanak – Pakar
Next: Gaya hidup sihat: Kurangkan gula, lebihkan aktiviti fizikal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.