Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Larian MAPPA Zon Sarawak cerminkan semangat perpaduan penjawat awam
  • SUKAN

Larian MAPPA Zon Sarawak cerminkan semangat perpaduan penjawat awam

Utusan Sarawak 14 hours ago
MAJLIS pelepasan peserta disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada 6.30 pagi tadi.
Foto UKAS

KUCHING: Program Larian MAPPA XX 2025 Zon Sarawak yang berlangsung di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) hari ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelbagai agensi kerajaan, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan penjawat awam.

Acara tahunan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Sarawak itu bukan sahaja berfungsi sebagai aktiviti riadah, malah menjadi platform penting untuk memupuk budaya hidup sihat dan gaya hidup aktif dalam kalangan warga perkhidmatan awam.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada 6.30 pagi tadi.

Acara itu turut diserikan dengan penyertaan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, menjadikan program ini lebih meriah dan bermakna.

Penganjuran larian seperti ini selaras dengan hasrat untuk memperkukuh jaringan antara agensi kerajaan melalui penglibatan dalam aktiviti luar yang sihat, menyeronokkan dan membina semangat berpasukan.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. -UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pertandingan Menyumpit Antarabangsa warnai BCF 2025
Next: PSG jumpa Real Madrid separuh akhir Piala Dunia Kelab

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.