Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Larian Lasak Borneo 2025 angkat nama Bau ke persada antarabangsa
  • Selatan
  • WILAYAH

Larian Lasak Borneo 2025 angkat nama Bau ke persada antarabangsa

Utusan Sarawak 1 month ago
DATO Henry Harry Jinep (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama peserta yang menyertai Larian Lasak Borneo 2025 di Pusat REDEEMS, Bau hari ini. Foto: JAPEN Bau

BAU: Edisi kelima Larian Lasak Borneo 2025 (Borneo Trail Classic 2025) berlangsung meriah hari ini dan berjaya menarik penyertaan seramai 1,058 peserta dari dalam dan luar negara.

Acara yang berlangsung di Pusat REDEEMS, Bau tersebut merupakan anjuran Persatuan Kecergasan Kuching.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep, menyifatkan sambutan tahun ini amat menggalakkan.

“Sambutan tahun ini amat menggalakkan dengan penyertaan daripada penduduk tempatan, peserta dari Semenanjung Malaysia serta peserta antarabangsa termasuk dari Kenya, United Kingdom, Filipina, Belarus, Perancis, Jerman, Indonesia, Jepun dan Rusia.

“Acara ini bukan sahaja mengangkat nama Bau di peringkat antarabangsa, malah membuktikan keupayaan penganjur menguruskan program yang melibatkan penyertaan pelari luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Larian Lasak Borneo 2025, yang diadakan di lokasi sama.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi lima kategori yang dipertandingkan, membabitkan jarak larian antara 50 kilometer hingga 3 kilometer.

Oleh Amanda L

Continue Reading

Previous: Komuniti MADANI anjur kempen derma darah di Star Mega Mall
Next: JKM hulur bantuan awal kepada mangsa rumah roboh Kampung Bakol

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.