KUCHING: Program Larian Kesihatan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak 2022 di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama hari ini meriah.
Ia dihadiri wakil 45 jabatan, kementerian serta agensi kerajaan negeri dan Persekutuan. Ia membabitkan larian sejauh 3.5 kilometer (km).
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki hadir bagi menyempurnakan program itu yang antara lain bertujuan menggalakkan penglibatan penjawat awam untuk bergiat aktif dalam aktiviti berbentuk rekreasi dan kecergasan.
Selain itu, larian kesihatan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara peserta.
Terdahulu, diadakan juga sesi senaman zumba sebagai aktiviti memanaskan badan.
Oleh AZREEN KERIA