Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Larian Hospital Miri edisi ke-5 sempena ulang tahun ke-30 pada 1 November
  • SUKAN

Larian Hospital Miri edisi ke-5 sempena ulang tahun ke-30 pada 1 November

Utusan Sarawak 20 hours ago
LANCAR… Datuk Sebastian Ting Chiew Yew ketika melancarkan Larian Hospital Miri ke-5 dengan kerjasama Rotary Club of Miri Oil Town, Persatuan Peguambela Sarawak (AAS) Cawangan Miri dan Hospital Miri.

MIRI: Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Hospital Miri, Larian Hospital Miri edisi ke-5 akan dianjurkan pada 1 November 2025 bertempat di Dewan Bandaraya Miri, Marina Bay.

Acara berprestij ini dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, dengan kerjasama Rotary Club of Miri Oil Town, Persatuan Peguambela Sarawak (AAS) Cawangan Miri, dan Hospital Miri.

Larian amal sejauh lima kilometer itu bertujuan meningkatkan kesedaran awam terhadap kanser payudara dan kesihatan jantung, selain mengumpul dana bagi menyokong pelbagai inisiatif kebajikan.

Pendaftaran kini dibuka sehingga 14 September 2025 dan orang ramai dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara yang bukan sahaja menyihatkan badan tetapi juga menyumbang kepada tujuan yang bermakna.

Jangan lepaskan peluang, sertai larian untuk kesihatan dan amal, daftar penyertaan sekarang di https://forms.gle/ydwQ5LvCkYrLhky6A

Oleh Adum Liu

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Messi curi tumpuan pakai jam tangan RM8.46 juta
Next: Pandelela tarik diri acara 10m platform individu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.