Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Larian Hari Sarawak 722 tarik penyertaan 1,200 peserta di Bintangor
  • SUKAN

Larian Hari Sarawak 722 tarik penyertaan 1,200 peserta di Bintangor

Utusan Sarawak 3 days ago
PROGRAM Larian Hari Sarawak 722 telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, yang juga merupakan Pengerusi Parti SUPP Cawangan Bintangor. Foto UKAS

BINTANGOR: Seramai 1,200 peserta memeriahkan Larian Hari Sarawak 722 anjuran Pergerakan Pemuda Parti SUPP Cawangan Bintangor yang berlangsung di pekarangan Dewan Masyarakat di sini, hari ini.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, yang juga merupakan Pengerusi Parti SUPP Cawangan Bintangor.

Dalam ucapannya, Datuk Ding menzahirkan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa penganjur yang bertungkus-lumus menjayakan program ini serta agensi-agensi kerajaan yang memberi kerjasama penuh.

“Hari Sarawak bukan sekadar larian, tetapi lambang kesatuan dan semangat cintakan negeri ini. Golongan muda harus sentiasa berbangga dengan kemajuan Sarawak dan mendalami sejarahnya,” katanya.

Tambah beliau, sambutan Hari Sarawak merupakan satu usaha penting dalam memupuk kesedaran sejarah dan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat, terutama generasi muda.

Sementara itu, Datuk Ding turut mengumumkan bahawa Larian Hari Sarawak akan diteruskan pada 2026 dengan Daerah Meradong sekali lagi menjadi tuan rumah.

Acara yang penuh semangat itu turut disemarakkan dengan kehadiran komuniti setempat yang bersama-sama menyambut Hari Sarawak dalam suasana harmoni dan penuh patriotisme.

Turut hadir wakil-wakil rakyat dan pegawai tempatan yang memberikan sokongan padu terhadap sambutan Hari Sarawak tahun ini di daerah Meradong. -UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: SUKMA XXII Selangor bermula 15 Ogos 2026, pembukaan di Litar SIC
Next: Azizulhasni masih guna basikal WX-R, fokus buru slot Kejohanan Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.