Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Larian FitMalaysia, JUST tarik 1,500 peserta
  • TEMPATAN

Larian FitMalaysia, JUST tarik 1,500 peserta

Utusan Sarawak 7 months ago
PELEPASAN LARIAN… Lamat Nyalau bersama Rudzaimer Malek, menyempurnakan gimik pelepasan (flag off) bagi memulakan acara jalan kaki pada program FitMalaysia peringkat Sarawak di Tebingan Kuching
hari ini.

KUCHING: Sekitar 1,500 peserta sertai Program FitMalaysia peringkat Sarawak dan Jalan Untuk Sihat (JUST) dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Sarawak bersama Kelab Larian City’s Jogger’s Padungan (CJC) di Tebingan Kuching, di sini, hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, Lamat Nyalau, program ini dianjurkan bagi memperkasa bidang sukan dalam masyarakat.

Katanya, sekitar 900 peserta menyertai larian 10 kilometer (km) program FitMalaysia, manakala untuk JUST, disertai oleh 600 peserta.

GAYA HIDUP SIHAT… Peserta FitMalaysia ketika aktiviti senam robik.

“Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan negeri, menerusi program tertentu, contohnya FitMalaysia ini, adalah satu kaedah hebahkan kepada masyarakat untuk memberikan pendidikan berkaitan sukan.

“Tujuan utama FitMalaysia ini adalah untuk membudayakan sukan dalam kalangan rakyat. Ini kerana ubat paling mujarab bagi kesihatan seseorang adalah dengan menyertai aktiviti sukan, riadah dan sebagainya,” katanya.

PENERANGAN… Lamat Nyalau ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan gimik pelepasan peserta larian dan jalan kaki pada Program FitMalaysia peringkat Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan gimik pelepasan peserta larian 10km program FitMalaysia dan 3KM JUST peringkat Sarawak di Tebingan Kuching.

Program tersebut turut dianjurkan bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan program Pagi Bebas Kereta (Car Free Morning) dan Kelab Kecergasan 1 Kenyalang Kuching.

Untuk makluman, pemenang tempat pertama bagi larian 10km FitMalaysia membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing meraih hadiah wang tunai bernilai RM400 dan RM300.

Tempat keempat dan kelima masing-masing meraih hadiah wang tunai bernilai RM200 dan RM100.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti Dewan Bandaraya Kuching Utara, Rudzaimeir Malek.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jus nanas MD2 jadi pilihan
Next: Ibu mentua Menteri Kerja Raya meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.