Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Larian Amal SOPMA Baton Bintulu 2025 rai golongan berkeperluan khas
  • WILAYAH

Larian Amal SOPMA Baton Bintulu 2025 rai golongan berkeperluan khas

Utusan Sarawak 1 day ago
LARIAN Amal SOPMA Baton 2025 edisi Bintulu yang berlangsung penuh meriah di sini, semalam. Foto SOPMA

BINTULU: Lebih 500 peserta pelbagai kaum dan latar belakang menyemarakkan Larian Amal Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Baton 2025 edisi Bintulu yang berlangsung penuh meriah di sini, semalam.

Acara anjuran bersama melibatkan pelbagai pihak itu bukan sahaja mempromosi gaya hidup sihat, malah menjadi simbol sokongan terhadap usaha memartabatkan komuniti berkeperluan khas, termasuk golongan pekak.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing menegaskan, pemerkasaan golongan berkeperluan khas kekal menjadi agenda utama kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri, demi memastikan tiada pihak yang tersisih daripada arus pembangunan.

“Komitmen kerajaan adalah jelas dalam memastikan komuniti ini turut menikmati kehidupan yang lebih lestari, inklusif dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bintulu, Steven Kong ketika merasmikan acara berkenaan.

LARIAN Amal SOPMA Baton 2025 edisi Bintulu yang berlangsung penuh meriah di sini, semalam. Foto SOPMA

Namun begitu, beliau menekankan bahawa tanggungjawab tersebut tidak harus dipikul kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama erat daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta.

“Saya menggesa agar syarikat-syarikat swasta di Bintulu memainkan peranan aktif melalui sumbangan, penajaan atau inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi manfaat kepada komuniti,” tambah beliau.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ibu bapa perlu pantau penggunaan gajet anak
Next: Santuni MADANI perkukuh hubungan pemimpin, rakyat di Kampung Penat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.