Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Larangan pengambilan kerangan dari perairan Port Dickson masih dikuat kuasa – DOF
  • NASIONAL

Larangan pengambilan kerangan dari perairan Port Dickson masih dikuat kuasa – DOF

Utusan Sarawak 1 year ago
GAMBAR fail bertarikh 5 April lepas menunjukkan Pegawai Jabatan Perikanan mengangkat pancang kupang untuk mengambil sampel bagi tujuan analisis di kawasan penternakan kupang di Kampung Telok. FotoBERNAMA

SEREMBAN: Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson di sini masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna, kata Pengarah Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Sembilan Kasim Tawe.

Beliau berkata, ini berikutan sampel ketiga kupang dan air dari perairan berkenaan yang dianalisis di makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) didapati masih terdapat biotoksin melebihi kadar selamat untuk dimakan.

“Sampel keempat kupang dan air diambil sekali lagi di perairan Port Dickson dan telah dihantar ke makmal PBPKL semalam dan dijangka keputusan analisis makmal akan diketahui pada 26 April nanti,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada 4 April lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF Wan Aznan Abdullah dilaporkan berkata hasil analisis makmal PBPKL mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.

Beliau berkata sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan – Hannah
Next: Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum insiden – Mohamed Khaled

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.