Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lapor semua kes jenayah di setiap kawasan
  • TEMPATAN

Lapor semua kes jenayah di setiap kawasan

Utusan Sarawak 4 years ago
TAHNIAH… Datuk Rosey Yunus ketika mengadakan lawatan ke Balai Polis Bekenu semalam.

BEKENU : Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berterima kasih kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang telah bertindak cepat dan berjaya menangani kes kecurian di daerah Subis baru-baru ini.

Beliau menzahirkan ucapan itu kepada semua anggota polis terlibat ketika mengadakan lawatan ke Balai Polis Bekenu semalam.

Justeru kata Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, setiap kejadian kecurian perlu dilaporkan kepada polis terlebih dahulu.

“Dengan adanya laporan ini, kita harap mudah-mudahan lebih ramai lagi kuncu-kuncu pencuri dapat ditangkap.

“Pesanan saya, jangan tidak membuat laporan polis jika ada kes kecurian, beri kerjasama kepada pihak polis untuk memudahkan pencuri ditangkap,” ujarnya lagi.

Rosey menambah kata, dengan banyaknya laporan kes kecurian dilaporkan dari kawasan tertentu maka mudah pihak PDRM melakukan rondaan dan pemantauan bagi mengembalikan keamanan kepada masyarakat.

Oleh ADUM LIU

Continue Reading

Previous: KUBU-KUBU ZAMAN BROOKE
Next: SARAWAK MASUK FASA 3 PICK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.