Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapisan salji belum terbentuk di Gunung Fuji, mungkin sebab cuaca panas
  • GLOBAL

Lapisan salji belum terbentuk di Gunung Fuji, mungkin sebab cuaca panas

Utusan Sarawak 7 months ago

Gunung Fuji Jepun kekal tanpa salji setakat hari Isnin, keadaan itu adalah paling lewat yang dicatatkan sejak 130 tahun lalu.

TOKYO: Agensi cuaca Jepun memaklumkan tiada lapisan salji terbentuk di Gunung Fuji sehingga hari ini, selain menyifatkan keadaan itu adalah paling lewat yang dicatatkan sejak 130 tahun lalu.

Kebiasaannya lapisan salji di gunung berapi itu akan terbentuk setiap 2 Oktober, namun tahun lalu, kelewatan julung kali direkodkan apabila ia hanya terbentuk pada 5 Oktober, iaitu tiga hari lewat daripada kebiasaan.

Ahli kaji cuaca di Pejabat Meteorologi Tempatan Kofu, Yutaka Katsuta, berkata kelewatan pembentukan lapisan salji di gunung tertinggi di Jepun itu mungkin didorong cuaca panas tahun ini.

Katanya, keadaan itu sekali gus menandakan tarikh pembentukan salji paling lewat sejak data perbandingan tersedia pada 1984, mengatasi rekod terdahulu iaitu 26 Oktober, masing-masing dicatatkan ketika 1995 dan 2016.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan perubahan iklim memberi kesan terhadap kelewatan pembentukan lapisan salji itu.

“Suhu musim panas tahun ini, direkodkan pada tahap tinggi dan berlarutan hingga September, menghalang udara sejuk yang membawa salji,” katanya.

Musim panas di Jepun tahun ini mencatatkan rekod suhu paling tinggi, menyamai paras direkodkan pada 2023, ketika gelombang haba melampau, didorong perubahan iklim melanda banyak bahagian dunia.

Gunung Fuji diliputi salji hampir sepanjang tahun, namun lebih 220,000 pengunjung mendaki lerengnya yang curam dan berbatu ketika musim pendakian, antara Julai hingga September.

Kebanyakannya mendaki gunung berkenaan sepanjang malam untuk melihat pemandangan matahari terbit dari puncak setinggi 3,776 meter itu.

Namun, jumlah pendaki mencatatkan penurunan tahun ini, selepas pihak berkuasa Jepun memperkenalkan bayaran masuk dan had pengunjung harian, bertujuan mengatasi masalah pelancongan melampau di Gunung Fuji.

Gunung itu diabadikan dalam pelbagai karya seni, termasuk ‘Ombak Besar’ karya Hokusai dan kali terakhir ia meletus sekitar 300 tahun lalu. – AFP

Continue Reading

Previous: Taufan Kristine: TUDM terbangkan bekalan khemah ke kawasan bencana di Filipina
Next: China sasar pendaratan angkasawan di Bulan menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.