Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapangan Terbang Semarang sambung semula penerbangan terus ke Kuala Lumpur
  • GLOBAL

Lapangan Terbang Semarang sambung semula penerbangan terus ke Kuala Lumpur

Utusan Sarawak 5 hours ago

LALUAN Kuala Lumpur-Semarang itu dikendalikan oleh AirAsia dan dilancarkan semula pada satu majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Gabenor Jawa Tengah Taj Yasin Maimoen di balai berlepas antarabangsa lapangan terbang Jawa Tengah.

JAKARTA: Penerbangan antarabangsa dari Lapangan Terbang Jenderal Ahmad Yani di Semarang, Jawa Tengah, disambung semula pada Jumaat dengan pelancaran semula perkhidmatan terus ke Kuala Lumpur, yang mendapat sambutan hangat daripada penduduk dan pengembara.

Laluan Kuala Lumpur-Semarang itu dikendalikan oleh AirAsia dan dilancarkan semula pada satu majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Gabenor Jawa Tengah Taj Yasin Maimoen di balai berlepas antarabangsa lapangan terbang tersebut.

“Diharapkan perkhidmatan ini dapat membuka hubungan pelancongan dan perniagaan secara langsung ke Jawa Tengah, sekali gus merancakkan ekonomi tempatan,” katanya menurut pejabat maklumat provinsi itu.

Status antarabangsa lapangan terbang berkenaan, yang sebelum ini digantung susulan COVID-19, telah dipulihkan oleh kerajaan provinsi di bawah dekri Kementerian Pengangkutan Indonesia KM 37/2025.

Seorang pengembara tempatan, Budi Nugroho, berkata beliau mengetahui mengenai penerbangan terus ke Kuala Lumpur melalui media sosial dan menghargai masa yang dapat dijimatkan.

“Kami mahu mencubanya kerana sebelum ini penerbangan perlu transit di Jakarta sebelum ke luar negara,” kata Budi yang melakukan perjalanan bersama isteri dan dua anaknya.

Tiga rakan dari Semarang; Vina, Riyan dan Tika turut merancang percutian sebaik sahaja melihat berita itu dalam talian.

“Ia sangat baik; ini adalah harapan kami sejak pandemik,” kata Vina.

Pelancong antarabangsa turut mengalu-alukan penyambungan semula itu, sambil menyatakan ia akan memudahkan perjalanan merentasi Asia Tenggara dan menggalakkan penginapan lebih lama.

“Saya telah berada di Jawa Tengah selama 10 hari, dan kini saya menuju ke Malaysia. Ini penting bagi pelancong kerana kami boleh melancong ke pulau-pulau dan meneruskan perjalanan dengan mudah,” kata Guilian, seorang pelawat dari Barcelona.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ancaman letupan, Mumbai dalam keadaan berjaga-jaga
Next: Peluncur maut disyaki serangan jerung di Sydney

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.