
LAWAS: Lapangan Terbang Lawas ditutup hari ini dan semua penerbangan ke Lawas telah ditunda.
Menurut pihak Lapangan Terbang Lawas dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan bahawa lapangan terbang pendaratan dan pelepasan jarak pendek (STOLPort) itu telah dinaiki air awal pagi tadi dan dipenuhi lumpur.

Kerja pembersihan akan dilakukan sebaik air surut untuk membolehkan Lapangan Terbang Lawas beroperasi seperti biasa.
Sehubungan itu semua penumpang diingatkan untuk sentiasa mengemas kini tiket penerbangan masing-masing di kaunter Lapangan Terbang Lawas.
Luruan hujan lebat melanda Lawas pada awal petang semalam sehingga lewat malam tadi dan mengakibatkan beberapa kawasan rendah di tebing Sungai Lawas dinaiki air.
Utusan Sarawak akan membawa perkembangan keadaan banjir dan situasi di Lapangan Terbang Lawas dari semasa ke semasa.
Oleh Adeng Edrus