Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lapan warga tempatan ditahan positif dadah di Bintulu
  • JENAYAH

Lapan warga tempatan ditahan positif dadah di Bintulu

Utusan Sarawak 3 hours ago
DITAHAN… Sebahagian suspek yang ditahan polis dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di sekitar Bintulu baru-baru ini. Foto IPD Bintulu

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu menahan lapan individu warga tempatan termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dan penyalahgunaan dadah menerusi satu operasi di sekitar sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, semua suspek yang berusia antara 26 hingga 44 tahun itu didapati positif dadah hasil ujian saringan awal, dengan tujuh daripada mereka positif methamphetamine dan amphetamine, manakala seorang lagi positif tetrahydrocannabinol (THC).

“Daripada jumlah itu, dua suspek disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah.

“Enam lagi disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana penyalahgunaan dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun serta pengawasan selama dua tahun.

Nixon berkata, tangkapan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PDRM dalam membanteras penyalahgunaan dadah serta mencegah kegiatan jenayah di daerah ini.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah supaya menyalurkannya kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di talian 086-318304 atau Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bintulu bagi membantu siasatan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Empat lelaki ditahan di Bau disyaki terlibat penyalahgunaan dadah
Next: Dua wanita ditahan positif dadah dalam Op Tapis Khas di Engkilili

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.