Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Lapan warga kerja IPG Kampus Rajang terima anugerah cemerlang
  • PENDIDIKAN

Lapan warga kerja IPG Kampus Rajang terima anugerah cemerlang

Utusan Sarawak 3 days ago

TAHNIAH.....Ding merakam kenangan bersama semua penerima APC 2024 dan beberapa anugerah lain pada majlis di Sibu malam tadi. Turut kelihatan ialah Dr.Zainal (empat kanan) serta timbalannya, Dr.Cindy (enam kiri).

SIBU: Seramai lapan warga kerja Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 pada majlis di sini malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin motivasi dan semangat untuk terus menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara. 

“Saya dimaklumkan bahawa seramai lapan orang warga kerja IPG Kampus Rajang diraikan, terdiri daripada staf akademik dan anggota kumpulan pelaksana.

“Kejayaan dan pencapaian mereka mencerminkan kekuatan institusi ini dalam melahirkan tenaga kerja yang berkualiti, berwibawa dan berintegriti,” katanya semasa berucap merasmikan majlis tersebut.

Ding berkata, pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan usaha yang telah dicurahkan, malah memperkukuh komitmen untuk terus memberikan perkhidmatan berkualiti, berintegriti dan

berinovasi selaras dengan visi dan misi organisasi.

“Harapan saya agar pengiktirafan ini menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk semua terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dalam menjalankan tugas dan amanah. 

“Sifat inginkan kecemerlangan perlu hadir dalam diri dan jiwa setiap individu, maka jadikanlah penganugerahan ini sebagai cabaran dan inspirasi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan,” katanya.

Beliau berharap penganugerahan itu menjadi pemangkin peningkatan profesionalisme, produktiviti dan semangat kerja berpasukan warga IPG.

“Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan usaha yang telah dicurahkan, malah memperkukuh komitmen kita untuk terus memberikan perkhidmatan berkualiti, berintegriti dan

berinovasi selaras dengan visi dan misi organisasi,” katanya.

Selain itu, beberapa anugerah khas turut disampaikan sebagai pelengkap majlis, bagi menghargai sumbangan dalam bidang tertentu.

Turut hadir ialah Pengarah IPG Kampus Rajang, Dr. Zainal Abiddin Masleh serta timbalannya, Dr. Cindy Wong Chyee Chen, Pemanca Yii Hee Sieng dan Ketua Unit Khidmat Pengurusan IPG Kampus Rajang, Adib Farhan Sapian.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: 50 pelajar terima bantuan Ace Didik sebagai persediaan ke IPT
Next: UTS capai sasaran 5,000 pelajar lebih awal, satu pencapaian membanggakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.