Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lapan sekolah terima peruntukkan MRP sebanyak RM5,000
  • TEMPATAN

Lapan sekolah terima peruntukkan MRP sebanyak RM5,000

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH… Lukanisman menyerahkan sumbangan kepada pihak sekolah SMK Luar Bandar Miri semalam.

BEKENU : Sebanyak lapan sekolah di kawasan Sibuti mendapat peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) yang masing-masing menerima sebanyak RM5,000 daripada Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Saini.

Lukanisman yang mengadakan lawatan ke Sekokah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu dan SMK Luar Bandar Miri berkata, geran MRP itu adalah untuk sebarang keperluan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Katanya, lawatan itu turut meninjau keadaan sekolah dan mengedar penutup mulut dan hidung serta hand sanitizer bagi keselamatan pelajar dan warga pengajar di situ.

“Saya berkesempatan melawat rumah Kumpulan Wanita di Bekenu dan meninjau persiapan mereka untuk mengadakan bengkel membuat roti.

“Saya meluluskan peruntukan segera bagi mengatur pendawaian dan meter bagi menampung mesin-mesin yang bakal digunakan,” jelasnya.

Selain adakan lawatan singkat ke SMK Luar Bandar Miri dan SMK Bekenu, turut melakukan tinjauan ke beberapa projek di kawasan dan bertemu dengan penduduk setempat di kawasan Saeh, tambahnya.

Continue Reading

Previous: SMK Bandar Kuching No.1 sedia terima pelajar
Next: 118 peserta tanaman getah mahu lakar kejayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.