Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lapan pesilat RSS Limbang sertai Sesi Pemilihan Pra-SUKMA
  • SUKAN

Lapan pesilat RSS Limbang sertai Sesi Pemilihan Pra-SUKMA

Utusan Sarawak 1 day ago
BAWA CABARAN…Zainor (berdiri lima kiri) bersama sebahagian atlet Perguruan Silat Pasak Pupohan,yang terpilih dalam pemilihan Pra-SUKMA. 

LAWAS: Lapan atlet dari Rumpun Silat Sarawak Wilayah Limbang menyertai Sesi Pemilihan Pra-Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung di Stadium Tertutup Lawas baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh RSS Limbang, semua atlet tersebut merupakan wakil daripada Perguruan Silat Pasak Pupohan dan telah menjalani latihan intensif sebagai persiapan menghadapi sesi pemilihan tersebut.

“Penyertaan ini menandakan komitmen RSS Limbang dalam membina serta mengetengahkan bakat-bakat muda dalam arena silat olahraga. Ia juga sebagai usaha membawa nama Limbang ke peringkat lebih tinggi dalam sukan silat.

“Semoga barisan pesilat ini berjaya menampilkan prestasi terbaik dan seterusnya melayakkan diri mewakili negeri ke temasya SUKMA akan datang,” menurut kenyataan itu lagi.

Turut hadir pada sesi pemilihan itu, Ketua Jurulatih Pusat Pembangunan Sukan Silat Limbang Zainor Rahman Johari.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Lyon sambar pemain muda Liverpool, Tyler Morton
Next: Liverpool tingkat dana untuk Isak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.