Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lapan pertubuhan terima geran MRP, RM200,000 diluluskan untuk bumbung PAWE – PPDK
  • Utara
  • WILAYAH

Lapan pertubuhan terima geran MRP, RM200,000 diluluskan untuk bumbung PAWE – PPDK

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Rosey Yunus menyerahkan cek MRP kepada Pengerusi PAWE Subis Masta Dris pada majlis penyerahan MRP di bangunan PAWE Subis, hari ini.

BEKENU: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi pembinaan bumbung yang akan menghubungkan bangunan Pertubuhan Aktiviti Warga Emas (PAWE) Subis dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bekenu.

Selain itu, sebanyak lapan pertubuhan menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu berjumlah RM75,838, yang disampaikan hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak merangkap ADUN Bekenu, Datuk Rosey Yunus, jumlah peruntukan yang disalurkan berbeza mengikut permohonan dan jenis aktiviti yang dirancang oleh setiap pertubuhan.

“Majlis penyerahan MRP diadakan di PAWE ini bagi meninjau keperluan pembangunan sedia ada serta mengenal pasti apa lagi keperluan tambahan yang wajar dilaksanakan,” katanya.

Beliau memaklumkan bahawa pembinaan bumbung antara PAWE dan PPDK yang diluluskan itu akan dibina dalam bentuk dewan bagi membolehkan kedua-dua pusat menjalankan aktiviti secara bersama.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut meluluskan RM260,000 bagi kerja naik taraf bangunan PAWE Subis, termasuk dari segi struktur bangunan, lantai dan aspek keselamatan pagar memandangkan lokasinya yang agak terpencil.

“Kemudahan ini dinaik taraf demi keselesaan warga emas menjalankan aktiviti. Kita mahu mereka kekal aktif dan sihat,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau, berkata pembinaan bumbung tersebut kini menunggu tindakan selanjutnya daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi tujuan lawatan tapak dan pelantikan kontraktor.

“Saya yakin projek ini dapat disiapkan dalam tahun ini juga, walaupun memerlukan sedikit masa untuk proses pengurusan,” tambah beliau.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi PAWE Subis Masta Dris, Penghulu Ahmad Zaini (Timbalan Pengerusi), Penghulu Pui Kuan Phen, Penghulu Epat Bakar, dan Penghulu Wan Fauzi.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak komited tingkatkan infrastruktur bekalan air di Sarikei
Next: Beri kerjasama penuh kepada JTS dalam proses penyukatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.