Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lapan peratus lengkapkan suntikan vaksin
  • NASIONAL

Lapan peratus lengkapkan suntikan vaksin

Utusan Sarawak 4 years ago

PUTRAJAYA, 5 Julai -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (kiri) bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin (kanan) pada sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di ibu pejabat Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

SIDANG MEDIA… Datuk Seri Dr. Adham Baba (kiri) bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin (kanan) pada sidang media perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di ibu pejabat Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) semalam.• Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,618,316 orang atau 8.0 peratus daripada populasi telah menerima suntikan dos kedua vaksin, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menyasarkan, 10 peratus daripada populasi negara akan memperoleh vaksinasi penuh menjelang pertengahan Julai ini, di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menerusi hantaran di Twitter Dr. Adham memaklumkan, jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin setakat semalam adalah sebanyak 9,006,715 dos, dengan 2,618,316 adalah dos kedua.

“Bagi vaksinasi harian, sebanyak 206,015 dos diberikan semalam, melibatkan pemberian 127,385 dos pertama dan 78,630 dos kedua,” katanya, dalam hantaran Twitternya semalam.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor (348,853), Sarawak (299,593), Kuala Lumpur (244,7090), Sabah (233,409) dan Kedah (193,575).

— Bernama

Continue Reading

Previous: Jumpa wakil rakyat jika terputus bekalan makanan
Next: Polis rampas syabu, heroin base RM2.1 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.