Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapan mayat ditemukan dalam guni di luar bandar Ecuador
  • GLOBAL

Lapan mayat ditemukan dalam guni di luar bandar Ecuador

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA polis bersiap sedia untuk menjalankan operasi membawa keluar mayat yang ditemukan di dalam beg di kawasan pinggir bandar Babahoyo, Ecuador. Foto AFP

QUITO, Ecuador: Pendakwa raya Ecuador berkata semalam, lapan mayat ditemukan dalam guni jut yang diletakkan di sepanjang tepi jalan di wilayah pantai Los Ríos, antara kawasan paling banyak berlaku keganasan di negara itu, lapor Xinhua.

Pejabat Pendakwa Negara berkata pada platform media sosial X, pendakwa raya dan polis menemukan mayat di kawasan Las Cañitas, di sepanjang jalan Jujan-Babahoyo.

Media tempatan melaporkan amaran itu diterima oleh sistem kecemasan ECU-911 sebelum unit polis khusus dikerah ke tempat kejadian. Siasatan awal menunjukkan mayat telah ditinggalkan.

Penyiasat turut menjumpai petanda pada guni dengan mesej yang didakwa dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang, lapor media tempatan.

Pihak berkuasa berkata mengenal pasti mangsa ialah keutamaan, dalam usaha menentukan sama ada mayat berkenaan sepadan dengan lapan orang muda, berumur antara 15 dan 31 tahun, yang dilaporkan hilang pada 31 Mei di perbandaran Milagro, di wilayah barat daya Guayas.

Kumpulan belia yang hilang itu mengembara dengan empat motosikal ke Milagro untuk melaksanakan prosedur pentadbiran.

Komunikasi terakhir mereka adalah pada sebelah petang sebelum hubungan terputus. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Institut Kesihatan Finland gesa larang jualan minuman tenaga kepada bawah 18 tahun
Next: Kerbau sensasi ‘Donald Trump’ jadi tumpuan di zoo Bangladesh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.