Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapan maut, empat kritikal selepas minum alkohol tulen di Indonesia
  • GLOBAL

Lapan maut, empat kritikal selepas minum alkohol tulen di Indonesia

Utusan Sarawak 3 months ago

Minuman beralkohol tradisional di Indonesia biasanya dibuat dengan menapai beras, tebu, kelapa, atau gula aren.

JAKARTA: Lapan orang maut manakala empat lagi kritikal selepas meminum alkohol tulen dengan kepekatan 96 peratus di Cianjur, Jawa Barat, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad. 

Ketua Polis Mande, Asisten Komisioner Dadeng berkata mangsa yang terselamat dari Kampung Kademangan kini menerima rawatan rapi di hospital berhampiran.

Siasatan awal mendapati kesemua mangsa menelan alkohol bukan gred makanan, yang lazimnya digunakan untuk kegunaan luaran seperti pembasmi kuman.

Menurut laporan portal berita tempatan “Kompas”, pihak berkuasa belum dapat menyoal siasat mangsa yang terselamat kerana dilaporkan masih dalam keadaan kritikal.

Insiden berlaku ketika kumpulan terbabit memutuskan untuk mencuba minuman alkohol tulen minggu lalu dengan membuat pesanan dalam talian. 

Alkohol itu kemudiannya dicampur dengan minuman berperisa, namun sejurus selepas meminumnya, mereka mengalami sakit dada, pening, dan loya. 

Mangsa kemudian pulang ke rumah masing-masing, tetapi keadaan bertambah buruk hingga menyebabkan seorang daripada mereka meninggal dunia pada petang Jumaat.

Angka kematian meningkat kepada lapan orang menjelang Sabtu. – Bernama.

Continue Reading

Previous: Gempa magnitud 7.6 gegarkan Caribbean, amaran tsunami dikeluarkan
Next: Negara-Negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.