Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lapan Lelaki positif dadah ditahan di Bau
  • JENAYAH

Lapan Lelaki positif dadah ditahan di Bau

Utusan Sarawak 6 hours ago
DITAHAN… Lapan suspek yang ditahan bersama dadah yang dirampas di Kampung Bogag dan Kampung Serikin, semalam.

BAU: Polis Bau menahan lapan lelaki yang disyaki terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah semasa Op Tapis yang dijalankan di Kampung Bogag dan Kampung Serikin, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau berkata pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada penahanan lapan lelaki tempatan kerana disyaki menyalahgunakan dan memiliki dadah.

“Pemeriksaan terhadap seorang suspek membawa kepada rampasan lapan paket plastik lutsinar pelbagai saiz yang mengandungi bahan kristal disyaki syabu dengan anggaran berat 5.45 gram.

“Suspek ditahan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan.

Haide berkata tiga lagi suspek didapati memiliki empat paket plastik lutsinar yang mengandungi syabu disyaki dengan anggaran berat 2.05 gram dan sedang disiasat di bawah Seksyen 12(2) akta yang sama.

Beliau menambah ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas kesemua lapan lelaki berkenaan didapati positif dadah dan mereka turut ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana mana individu yang terlibat dalam penyalahgunaan atau pengedaran dadah. Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah,” katanya.

Maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline Narkotik Bukit Aman di 012 208 7222 atau talian hotline Narkotik Kontinjen Polis Sarawak di 017 592 9211.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Sebuah motosikal disita dalam Op Pematuhan Lalu Lintas di Saratok
Next: 17 saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu Pencegahan Jenayah di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.