Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lapan lelaki ditahan, dadah bernilai RM680 dirampas dalam Ops Tapis
  • JENAYAH

Lapan lelaki ditahan, dadah bernilai RM680 dirampas dalam Ops Tapis

Utusan Sarawak 6 days ago

SERBU… Pasukan polis semasa menjalankan serbuan ke atas sebuah bangunan kedai serbaneka di Jalan Desa Pujut, Permyjaya Tudan di Miri. 

MIRI: Polis menahan lapan lelaki termasuk seorang warga asing serta merampas dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM680 dalam Ops Tapis di Permyjaya, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, operasi dijalankan sekitar 3.00 petang di belakang sebuah bangunan kedai serbaneka di Jalan Desa Pujut, Permyjaya Tudan di sini.

“Hasil serbuan, polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun dan merampas dadah disyaki methamphetamine seberat lima gram.

“Suspek disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan akan dituduh hari ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dalam serbuan sama, tujuh lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 48 tahun turut ditahan.

Empat daripada mereka disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah disyaki methamphetamine seberat 1.46 gram, manakala tiga lagi disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana menggunakan dadah.

“Kesemua suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Empat suspek yang disiasat mengikut Seksyen 12(2) direman empat hari sehingga 6 Oktober, manakala tiga suspek lain direman dua hari sehingga 4 Oktober,” jelasnya.

Beliau berkata, kejayaan tersebut adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam pengedaran dadah. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik komited membanteras dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah boleh menyalurkannya melalui talian hotline JSJN di 012-208 7222.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Man charged in Serian Court for obstructing health enforcement officers
Next: Dua lelaki ditahan, barang curi termasuk telefon bimbit dirampas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.