Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Lapan hektar hutan terbakar, bomba terus giat padam api di Mukah
  • KEBAKARAN

Lapan hektar hutan terbakar, bomba terus giat padam api di Mukah

Utusan Sarawak 21 hours ago
ANGGOTA bomba giat memadamkan kebakaran hutan berhampiran ladang kelapa sawit di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mukah. Foto PGO Sarawak

MUKAH: Kebakaran hutan berhampiran ladang kelapa sawit di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mukah kini memasuki hari keempat dengan anggota bomba masih giat menjalankan operasi pemadaman bagi mengawal kemerebakan api.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 9.00 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran sedang marak di kawasan hutan berdekatan ladang sawit.

“Operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan sumber air terbuka (parit) dengan satu unit pam angkut jenis GP 10/10, dua aliran sepanjang 500 kaki dan dua pancutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ANGGOTA bomba giat memadamkan kebakaran hutan berhampiran ladang kelapa sawit di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mukah. Foto PGO Sarawak


Beliau berkata selain teknik pemadaman konvensional, pasukan operasi turut menggunakan kaedah penyejukan semburan air serta membina benteng api bagi menghalang api daripada merebak ke kawasan yang lebih luas.

Bagaimanapun, katanya, operasi berdepan cabaran logistik apabila peralatan seperti pam dan hos perlu dipindahkan beberapa kali bagi memastikan aliran air yang berterusan.

“Pada sebelah petang, operasi diteruskan dengan satu aliran sepanjang 900 kaki dan satu pancutan. Kebakaran dianggarkan melibatkan keluasan lebih lapan hektar,” katanya.

Tiada kecederaan dilaporkan dan usaha pemadaman masih diteruskan bagi memastikan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Ladang nanas di Long An Unga terbakar, lebih empat hektar musnah
Next: Bengkel persendirian di Kampung Hulu Kabong terbakar, 30 peratus musnah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.