
MELBOURNE: Polis Melbourne menahan lapan suspek selepas membongkar sindiket pengedaran dadah dan senjata api, lapor Xinhua.
Polis Victoria dalam satu kenyataan memaklumkan pegawai yang menyiasat pengedaran haram kokain, dadah peningkat prestasi berasaskan peptida, steroid dan senjata api, melaksanakan waran geledah serentak di 12 hartanah di seluruh Melbourne hari ini.
Semasa pencarian, polis menemukan dan merampas sejumlah besar peptida serta hampir 20 senjata api.
Mereka yang ditahan dijangka didakwa atas pelbagai kesalahan pengedaran dadah dan senjata api, kata polis, sambil menambah sindiket itu juga terlibat dalam mengimport tembakau haram. – Bernama