Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapan dikhuatiri hilang dalam tanah runtuh di New Zealand
  • GLOBAL

Lapan dikhuatiri hilang dalam tanah runtuh di New Zealand

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERDANA Menteri New Zealand, Christopher Luxon, bercakap kepada media berhampiran lokasi kejadian tanah runtuh di Gunung Maunganui di Tauranga pada 23 Januari 2026. Foto AFP

WELLINGTON: Lapan orang dikhuatiri hilang di New Zealand selepas tanah runtuh di tapak perkhemahan sebuah taman percutian di barat Bay of Plenty, Pulau Utara negara itu, kata polis pada Jumaat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Menurut polis enam disahkan hilang manakala maklumat lanjut mengenai dua pelancong antarabangsa masih disiasat. 

Mangsa termuda yang hilang adalah dua remaja berusia 15 tahun, menurut polis.

Perdana Menteri Christopher Luxon menyifatkan situasi itu sebagai tragedi dahsyat (absolute tragedy). 

Beliau telah bertemu dengan ahli keluarga mangsa yang sedang menunggu perkembangan terkini. 

“Mereka sangat sedih dan saya tahu New Zealand turut berduka bersama-sama mereka.”

PETUGAS kecemasan menutup sebuah jalan raya selepas kejadian tanah runtuh ketika operasi pencarian dijalankan oleh perkhidmatan kecemasan tempatan bagi mencari individu yang hilang di Mount Maunganui, Tauranga, pada 22 Januari 2026. Foto AFP

Polis tidak dapat mengesahkan bilangan pelawat antarabangsa dan warga New Zealand yang hilang.

Langkah untuk meneruskan usaha menyelamat atau memulakan operasi pemulihan akan diputuskan dalam beberapa hari ini.

Sementara itu, Xinhua melaporkan seorang warga China maut dalam bencana berkenaan, memetik kedutaan China di New Zealand pada Jumaat.

Tanah runtuh berlaku di tapak perkhemahan Mount Maunganui pada Khamis selepas kawasan itu menerima 274 milimeter hujan dalam tempoh 24 jam.

Hujan lebat dan banjir melanda beberapa bahagian di Pulau Utara yang mengakibatkan ribuan terputus bekalan elektrik dan beberapa komuniti di pantai timur pulau itu terputus hubungan.

Gunung Maunganui merupakan lokasi pelancongan popular yang terkenal dengan tapak suci Māori dan denai dengan pemandangan lautan selain aktiviti luncur ombak. – Bernama-dpa/Xinhua

Continue Reading

Previous: Ribut Harry sebabkan kerosakan teruk di pantai, Pulau Itali
Next: Kesemua mayat mangsa nahas pesawat ATR 42-500 ditemukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.