Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lapan dicaj dari HUS
  • TEMPATAN

Lapan dicaj dari HUS

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Lapan kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam.

Menurut Kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), daripada jumlah tersebut, tujuh orang adalah dari Daerah Kuching dan seorang dari Daerah Lundu.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes postif Covid-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini (semalam) adalah seramai 652 orang atau 95.74 peratus,” dicatatkan dalam kenyataan semalam.

Manakala, kenyataan mendedahkan seramai 10 orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital, dan jumlah kematian kekal 19 orang atau 2.79 peratus.

Selain itu, sebanyak enam Pesakit Bawah Siasatan (PUI) baharu dilaporkan dan satu kes yang menunggu ujian makmal semalam.

Sementara, Sarawak masih lagi mempunyai 10 kluster yang masih aktif adalah kekal 10 kluster melibatkan seramai 70 kes.

Kluster itu adalah Kluster Syarikat Kejuruteraaan, kekal lapan kes, Kluster Mambong (7), Kluster Pusat Perubatan (3), Kluster Jupiter (3), Kluster Pasar Stutong (7), Kluster Jeti Kuching (2), Kluster Sentosa (31), Kluster PUI Melbourne (3), Kluster Syarikat Pembinaan Kuching (2) dan Kluster Pasar Satok (4).

Continue Reading

Previous: Gedong bakal membangun pesat
Next: Kebakaran belukar cemaskan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.